Mula mula sekali, admin ini menyokong kerajaan hari ini tapi kalau terlalu tunggang langgang tidak lama ikut kita terbakar sekali dengan UMNO. Akhirnya kemenangan yang kita usahakan selama ini akan sia sia.
Kalau iya pun carilah jalan yang terbaik di dalam menyelesaikan skandal yang dihadapi oleh pemimpin UMNO, jangan jolok mata rakyat buruk nanti akibatnya.
Hal di bawah baru satu dari beberapa isu yang akan menjejaskan kepercayaan rakyat. Hal yang juga baru berlaku sebentar tadi, Lim Guan Eng mencadangkan supaya peruntukan kawasan yang diwakili pemerintah dan pembangkang mendapat jumlah yang sama. Boleh bayangkan kekuatan pembangkang kelak?
Berbalik pada isu.
Inilah kesannya bila yang terlibat dalam pemerintahan negara dianggotai oleh pemimpin pemimpin dan penyokong yang terdesak. Terdesak untuk keluar dari kemungkinan kemungkinan akan meringkuk dalam penjara atau paling leceh akan dikenakan penalti tapi status wakil rakyat mereka terbatal.
Bayangkan Si Azalina adalah ahli Parlimen UMNO dan juga penyokong tegar kluster Mahkamah. Dia mencadangkan kiranya Peguam Negara dilantik sebagai Menteri Undang Undang.
Hakikatnya dia sedar dan tahu disana ada conflict of interest. Bila ada kepentingan yang tampak hanya menuju satu jalan maka mustahil keadilan dapat ditegakkan.
Isunya kenapa cadangan ini tiba tiba muncul ditengah rakyat sedang menilai kepimpinan Perdana Menteri Ismail dan MOU yang baru ditandatangani? jawapannya tidak lain, supaya boleh mencampuri proses Mahkamah. Atau paling licik dan halus supaya bila kluster Mahkamah dibebaskan maka rakyat akan menyalahkan kerajaan Perikatan Nasional sebab kerajaan ini yang melantik Peguam Negara. Atau paling licik lagi seandainya dalam tempoh terdekat Peguam Negara di pecat maka penggantinya yang dicadangkan oleh UMNO akan mewarisi jawatan Menteri Undang Undang, waktu itu semua skandal akan di tukang.

KUALA LUMPUR – Kerajaan disyorkan agar mempertimbangkan cadangan supaya Peguam Negara dilantik sebagai Menteri Undang-undang.
Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) berkata, asas kepada cadangan itu dibuat bagi membolehkan Peguam Negara hadir ke Dewan Rakyat bagi menjawab isu-isu berkaitan perundangan.
Jelasnya, cadangan tersebut bukan sesuatu yang baharu kerana pelantikan sama pernah dibuat sebelum ini.
“Saya nak cadangkan kepada kerajaan, kalau Menteri Undang-undang boleh respons, bahawa kita pernah mempunyai seorang menteri kabinet, yang juga Peguam Negara iaitu Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Yusof dan Tan Sri Hamzah (Abu Samah).
“Jadi sekurang-kurangnya Peguam Negara boleh datang ke Dewan dan menjawab semua soalan berkaitan undang-undang.
“Tak payah menteri menunggu masa dan memberi jawapan secara bertulis, yang kadang-kadang lengkap dan kadang-kadang tidak,” katanya ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, Azalina turut mengulangi gesaan supaya fungsi dan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya perlu dipisahkan.
Katanya, ia bagi menjamin aspek keadilan dan memenuhi prinsip keluhuran undang-undang serta mengelakkan berlakunya percanggahan kepentingan.