
Ini pasal perbicaraan rasuah Adun Melalap Peter Anthony. Seperti biasa permohonannya untuk memindahkan sesuatu dari proses penghakiman ditolak oleh Mahkamah.
Malah kali ini Hakim bertegas agar Peter hadir pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu 20hb September 2021 memandangkan persidangan DUN hanya bermula pada 21hb September sehingga 23hb September.
Sebelum ini peguam Peter Anthony mengemukakan permohonan agar tarikh perbicaraan dipindah ke tarikh 29hb dan 30hb September namun ditolak seperti mana ketegasan di atas.
Adun Melalap Peter Anthony didakwa atas kesalahan menggunakan dokumen palsu yang dia lakukan pada Julai 2014, bagi mendapatkan projek di Universiti Malaysia Sabah untuk syarikatnya, Asli Jati Engineering.
Dalam pada itu Hakim perbicaraan, Azura Alwi mengingatkan peguam Peter Anthony bahawa sebarang penangguhan yang dikemukakan oleh pihaknya tidak lagi boleh dipertimbangkan. Sebab kes pendakwaan melibatkan saksi yang berusia dan perlu datang dari Sabah ke Kuala Lumpur.
Najib Razak juga menjadi saksi dalam perbicaraan ini.
Selain pendakwaan ini Peter juga berhadapan dengan beberapa lagi pertuduhan melibatkan peruntukan kerajaan di Mahkamah Kota Kinabalu.