Benar tu terbukti pembangkang pihak yang rakus kuasa bila mana tawaran PM Muhyiddin untuk bekerjasama dengan mereka sebelum beliau meletak jawatan ditolak.
Secara logiknya pembangkang menerima hint dari kluster Mahkamah agar menolak tawaran itu. Jika tidak maka nampak bodohlah kluster Mahkamah memandangkan tujuan mereka meninggalkan Perikatan Nasional adalah untuk membentuk jajaran baru bersama Anwar dan DAP.
Begitu juga dengan Warisan awal awal lagi menolak tawaran PM Muhyiddin berkenaan. Mereka ingat dengan demikian kerajaan boleh bertukar atau jawatan Perdana Menteri mungkin milik Warisan. Kesian cita cita setinggi langit hingga tidak sedar pandangan rakyat terhadap mereka.
Namun apa bila PM Ismail Sabri menawarkan hal yang sama boleh pula pembangkang menerimanya. Itu pun selepas pembangkang tewas dalam perebutan jawatan Perdana Menteri yang akhirnya menjadi milik PM Ismail Sabri yang di sokong oleh Bersatu, Pas, GRS dan GPS dll.
Selain sudah tentu setelah diingatkan oleh Agong agar jangan lagi mencetuskan perebutan jawatan Perdana Menteri. Itu yang terpaksa tunduk dalam paksa. Hahaha!
Ahli Parlimen Marang itu berkata, tawaran kepada pihak pembangkang pada awalnya ditolak kerana kerakusan mereka untuk berkuasa semula, akhirnya dapat diterima.
Ini susulan jemputan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob terhadap tiga parti utama komponen Pakatan Harapan yang disambut baik dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim juga berjanji untuk memudahkan urusan pentadbiran pemimpin Umno itu susulan pertemuan mereka di Putrajaya pada 25 Ogos lalu.
“Akhirnya tawaran itu diterima, walaupun sebahagiannya sudah ditarik. Tindakan tersebut adalah suatu langkah yang sangat bertanggungjawab demi rakyat dahulu diselamatkan, sebelum menunaikan kegelojohan ahli politik,” katanya.
Beliau berkata, keadaan itu mencerminkan satu suasana sangat positif kepada Kabinet baharu dan jentera kerajaan yang menjalankan tugas, dengan harapan tiada lagi sebarang gangguan daripada PH yang tidak sabar menunggu Pilihan Raya Umum ke-15.
“Jadikan pembangkang sebagai pembangkang yang menasihat, bukannya menggugat tanggungjawab untuk menyelamatkan rakyat dan negara.
“Jadikan urusan ini laksana berada dalam satu bahtera yang sama dalam menghadapi gelombang lautan yang mengganas. Sekiranya semuanya selamat, kita semua selamat bersama. Dan sebaliknya jika tenggelam, maka semuanya tenggelam bersama juga,” katanya.
“Hal ini disebabkan mereka yang menjadi mangsa wabak pandemik tidak mengenal, sama ada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang, termasuklah kalangan yang membisu di atas pagar,” katanya lagi.