Ini Kerajaan PN Sepatutnya Tidak Dijadikan Isu

Betul tu kerajaan hari ini adalah kerajaan Perikatan Nasional yang dibentuk dari persepakatan parti parti yang terlibat seperti mana kerajaan yang diketuai oleh mantan Perdana Menteri Muhyiddin sebelum ini.

Tidak ada beza pun dengan kerajaan yang pada hari ini.

Hanya Zahid secara peribadi yang sengaja mengada ngada dengan tidak mengakui kewujudan nama kerajaan Perikatan Nasional. Sedangkan sebelum ini ia tidak menjadi isu.

Pun begitu masyarakat amat sedar kenapa Zahid mendegilkan diri dan berpolemik dengan hal remeh seperti ini, supaya komponen Perikatan menarik sokongan dan separuh daripada UMNO meneruskan kerjasama dengan Anwar. Dengan itu skandal salah guna kuasa yang dihadapi oleh Zahid, Ahmad Maslan dan seorang dua lagi di tarik balik dari proses perbicaraan.

Kalau bukan dengan cara mengganggu kedaulatan konstitusi melalui kuasa seorang Perdana Menteri yang tidak bertanggungjawab, jadi dengan cara apa lagi pesalah seperti Zahid dapat meloloskan diri?


BAGAN SERAI, 27 Ogos — BERSATU bertegas kerajaan baharu yang diterajui Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekarang adalah kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Pengerusi Biro Penerangan BERSATU, Dr. Afif Bahardin berkata, kerajaan hari ini masih kerajaan PN kerana ia dibentuk atas kesepakatan beberapa buah parti.

Menurutnya, sehubungan itu dakwaan kerajaan sekarang adalah kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak tepat.

“Kerajaan yang terbentuk pada masa ini adalah hasil kesepakatan BN, PN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

“Kita mempunyai Perdana Menteri yang kebetulan dari BN yang mendapat 114 sokongan termasuk daripada ahli Parlimen BERSATU.

“Sebab itu pada pandangan saya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seorang Perdana Menteri dari kerajaan PN,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dekat sini hari ini.

Menurutnya, namun sama ada kerajaan hari ini kerajaan BN atau PN bukan isu besar dan tidak sepatutnya ditimbulkan.

“Sepatutnya setelah kerajaan dibentuk, kita semua perlu fokus kepada masalah rakyat dan memastikan kita dapat keluar daripada pandemik Covid-19 ini, sekarang bukan masanya untuk bermain polemik dan berpolitik,” katanya.

Sementara itu, Afif berharap semua program dan usaha bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi perhatian oleh Perdana Menteri baharu setelah melantik barisan Kabinet hari ini.

“Keutamaan kerajaan baharu ini tentunya akan memberi lebih tumpuan kepada masalah rakyat, memulihkan kembali ekonomi negara dan memastikan kita dapat keluar dari pandemik ini,” katanya.

Sumber Wacana.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: