Datuk Nizam Yang Juga Mewakili Ketua Menteri Menziarahi Keluarga Adik Aming

Pada 26 Ogos 2021 kanak kanak yang dikenali sebagai Aming. Disahkan meninggal dunia oleh ibunya akibat sesak nafas pada sekitar jam 1.30 pagi.

Muhammad Aming Salleh Abdullah yang lebih dikenali sebagai adik Aming berasal dari Tawau, Sabah. Adik Aming terkenal kerana kepintarannya dan petah berbicara. Sebelum ini tular beberapa video yang menunjukkan kepintarannya sambil memberikan nasihat berkaitan pematuhan SOP Covid 19.

Arwah telah selamat di kebumikan di tanah perkuburan Kampung Titingan, Tawau.


B Kolonel Kehormat(PA) Datuk Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan (ADUN N68 Apas/Pembantu Menteri Kewangan Sabah) hari ini, 29 Ogos 2021, Ahad telah menziarahi keluarga arwah Adik Aming (Muhammad Aming Salleh Abdullah). Arwah adik Aming berusia 8 Tahun dan telah di kebumikan di Tanah Perkuburan Kg Titingan Tawau .YB Datuk menyampaikan sumbangan daripada Ketua Menteri Sabah dan juga sumbangan peribadi sendiri. YB Datuk juga turut mengucapkan takziah atas pemergian arwah adik Aming. Semoga keluarga tabah atas ketentuan Ilahi ini. Al Fatihah, Amin.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading