STAR Menyokong Kepimpinan PM Muhyiddin

Betullah tindakan ni. Bukan kah UMNO bermasalah di Sabah yakni tidak lagi diterima oleh majoriti Sabahan. Jadi menyokong tindakan Presiden UMNO Zahid untuk tidak lagi berkerjsama dalam Perikatan Nasional bererti mengundang kemarahan Sabahan.

Kenapa tidak Warisan sendiri menjadikan UMNO modal belasahan setiap kali pilihan raya.

Pada ramai masyarakat Sabah, KDMR khususnya, UMNO adalah parti yang terlalu menganggap diri mereka tuan tanah hingga ke daun. Sedangkan selama ini apa yang ada adalah sebaliknya khazanah dari bumi negeri ini yang digunakan oleh kerajaan UMNO untuk membangun negeri mereka. (Ini adalah pendapat segelintir masyarakat muda ya bukannya pendapat admin) End

Jadi tindakan pemimpin KDMR yang boleh lah kita katakan menolak politik Presiden UMNO, Zahid Hamidi dan Najib adalah tepat dan sesuai pada masanya.


KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), yang merupakan komponen Perikatan Nasional (PN), tetap teguh menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, walaupun ada tekanan kuat terhadapnya supaya mengundurkan diri.

Presidennya, Jeffrey Kitingan, berkata Muhyiddin masih Perdana Menteri yang sah mengikut Perlembagaan.

“Parlimen akan bersidang pada September dan semua Ahli Parlimen berpeluang menentukan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan.

“Sementara itu, tuduhan-tuduhan bahawa beliau menderhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong adalah tidak berasas, dan sangat mengganggu pada saat kita semua sepatutnya bekerjasama, baik kerajaan mahupun pembangkang, untuk memerangi Covid-19.”

Muhyiddin semalam menegaskan, beliau tidak akan meletak jawatan walaupun berdepan desakan daripada Umno dan parti-parti pembangkang supaya beliau berbuat demikian.

Katanya, isu peletakan jawatannya tidak timbul memandangkan beliau masih memiliki sokongan yang cukup di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, kerajaannya akan membentangkan usul undi percaya di Dewan Rakyat pada September untuk menguji sokongan majoriti terhadapnya.

Kitingan, satu-satunya Ahli Parlimen STAR di Dewan Rakyat, mewakili Keningau, berkata usaha kerajaan untuk menghentikan penyebaran Covid-19 terjejas oleh gangguan politik yang berterusan, dan ini melemahkan usaha melaksanakan Pelan Pemulihan Negara seperti yang dijadualkan.

Katanya, hampir 20,000 kes Covid-19 dikesan di Malaysia semalam, dan jumlah kes dijangka akan terus meningkat dalam beberapa minggu akan datang.

“Yang menyedihkan saya adalah, selama empat hari sidang Parlimen, pembangkang berkeras untuk bermain politik tetapi tidak menyumbang apa-apa dalam usaha memerangi Covid-19.

“Apa yang kita perlukan sekarang adalah komitmen tidak berbelah bahagi kerajaan untuk memastikan Malaysia berada di landasan yang betul dalam memulihkan ekonomi demi kebajikan rakyat.

“Pembangkang harus memberikan kerajaan peluang untuk melaksanakan pelan pemulihan ini,” katanya. – FMT

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.