Puad Zarkashi Kaki Derhaka Tidak Sedar Diri

Artikel ini dihantar pada admin. Jadi tidak salah kalau pula admin kongsikan disini. Betul tak?

Cerita ni pasal Puad Zarkashi yang tidak sedar diri yang ingin melihat perpecahan dalam kerajaan Perikatan Nasional. Sedangkan sejarah politiknya tidak melayakkan dia bersikap seperti sekarang.

Baru baru ini Puad banyak mengkritik pemimpin pemimpin UMNO dan PAS, dimana kalau kita perhatikan seolah olah dia berjawatan tinggi dalam parti hingga boleh menentukan masa depan kerajaan. Lucu!

Seperti contoh dia minta pada Ismail Sabri agar jangan berlebihan terhadap Presiden UMNO kerana Ismail hanyalah Naib Presiden. Tapi jika dibandingkan dengan dirinya siapa pula Puad ni, bukan Naib Presiden bukan juga Ahli Parlimen.

Politik Puad ni senang dibaca, dia ni ibarat biawak tidak berguna tapi berharap akan mendapat habuan yang lazat dan mengenyangkan dengan berlagak sebagai pemangsa yang ganas. He!

Puad adalah spesis cakap tidak serupa bikin.

Dibawah artikel yang dimajukan pada admin.


• Masa jadi Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Puad Zarkashi pernah ugut dan bagi kata dua kepada pemimpin UMNO bila dia tidak dapat bertanding dalam PRU Ke-14 (2018).

• Bila tidak dipilih sebagai calon pada PRU lepas, Puad buat sidang media ugut pemimpin UMNO dan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah JASA.

• Semua orang masih ingat – punca kemarahan Puad adalah kerana ketua wanita bahagiannya, seorang peguam telah dipilih untuk menjadi calon tetapi beliau sendiri tersingkir.

• Surat Puad pernah tular apabila dia mengisytiharkan untuk bertanding bebas di kerusi P150 Batu Pahat dan N24 DUN Senggarang.

• Takkan cepat sangat Puad ‘hilang ingatan’ atau lupa dengan kata-kata yang pernah dia keluarkan; ‘’Saya akan berperang melawan sistem yang rosak dalam UMNO dalam memilih calon untuk PRU14’’.

• Meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah JASA di saat UMNO menghadapi PRU Ke-14, Puad Zarkashi telah melumpuhkan jentera propaganda kerajaan dan UMNO yang diperlukan untuk bergerak lebih aktif, terancang dan berkesan dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14.

• Ia juga akan memberikan pukulan moral yang hebat pada pandangan masyarakat dan semangat kerja UMNO sendiri yang akhirnya tewas dalam PRU lepas.

• Puad mungkin dianggap tidak berpengaruh tetapi jentera JASA telah pun mempunyai pengaruh hingga ke akar umbi yang akhirnya ‘ditalkin dan dikafan’ oleh Puad sendiri!

Puad adalah contoh ‘jeneral yang lari meninggalkan askar-askarnya di medan perang’!

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: