
Tunggu apa lagi Zahid Hamidi kalau sudah 30 ahli Parlimen UMNO bersetuju agar kau melepaskan jawatan sebagai Presiden demi kebaikan UMNO itu sendiri.
Ingat yang mendesak itu bukannya totok atau ahli UMNO biasa tapi ahli Parlimen UMNO yang berpengaruh. Ingat juga kemenangan mereka pada pilihan raya umum yang lalu adalah kerana pengaruh diri mereka bukan dari Presiden UMNO yang pada ketika itu terpalit dengan tuduhan rasuah atau penyelewengan rakyat melalui skandal 1MDB dan Yayasan Akal Budi yang menjadi skandal Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi. Ironinya kerana Presiden dan Timbalan Presiden lah UMNO tumbang pada Pilihan Raya umum yang ke 14 lalu.
Tidak pasal pasal jadi terbangsat dah pemimpin UMNO ni. Kau nak bertahan apa lagi kau telah melakukan penyelewengan. Dalam politik mencari dana selagi belum kantoi ia tidak menjadi isu, sebaliknya kalau sudah kantoi, waktu itu kena akurlah. Bukan kah selama ini kamu telah menerima kemasyuran dan kekayaan. Oleh itu sudah tiba masanya, bagi pula jawatan tertinggi dalam UMNO itu pada orang lain.
Kau mahu perjuangkan apa lagi. Kau nak Malaysia ini dilanda malapetaka kah?
End
SHAH ALAM – Seramai 30 Ahli Parlimen UMNO didakwa bersetuju supaya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatannya sebagai Presiden UMNO demi kebaikan parti tersebut.
Menurut laporan Astro Awani, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin berkata, keputusan itu telah disepakati dalam satu mesyuarat yang diadakan di Wisma Pahlawan baru-baru ini.
Zahidi Zainul Abidin
Katanya, senarai itu melibatkan mereka yang berstatus menteri dan timbalan menteri.
“Ahmad Zahid mencadangkan Ahli Parlimen UMNO, menteri, timbalan menteri letak jawatan dan tarik sokongan daripada kerajaan.
“Jadi kita berbincang bersama Ahli Parlimen UMNO, jika kita letak jawatan, parti untung ke? Ahmad Zahid letak jawatan, parti untung.
“Kalau kita letak jawatan, pertama sekali kita tiada peruntukan. Pegawai yang kita lantik berhenti kerja, kita kena menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) sebagai pembangkang. UMNO tidak pernah menghadapi PRU sebagai pembangkang, tidak pernah,” katanya pada Rabu.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my