Perutusan khas Perdana Menteri berhubung keabsahannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Ternyata jawatan PERDANA MENTERI yang di sandang masih mendapat sokongan dari Ahli Ahli Parlimen pro pemerintah dan pembangkang. Jangan pula ada yang terkejut sebab admin libatkan Ahli Parlimen pembangkang ya, hakikatnya ada juga diantara mereka yang menyokong kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin atau kerajaan Perikatan Nasional. Kenapa tidak disokong kawan kalau kerajaan ini berada atas jalan jihad melawan Covid-19 dan kegiatan jenayah yang berlaku dalam negara dan masyarakat.
Percayalah kamu pada pilihan raya yang akan datang kemenangan pihak yang bertanding ditentukan oleh pengundi atau rakyat. Bukannya jentera atau penyokong parti, kekecohan yang kamu nampak sekarang bukan sebab apa, sebab rakan media sosial adalah jentera jentera parti. Cuba kamu tengok di dunia nyata, rata rata masyarakat menyokong Perikatan Nasional atau Kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Disini juga terbukti sebab kenapa ahli ahli Parlimen UMNO pro kluster Mahkamah bertindak tidak menyokong Perdana Menteri adalah kerana tuntutan untuk dilepaskan dari tuduhan rasuah di Mahkamah tidak dilayan oleh Perdana Menteri. Untuk makluman 05hb Ogos ini Zahid akan hadir di Mahkamah bagi mendengar penghujahan kes pecah amanah atau rasuah yang dihadapinya.
Dibawah teks ucapan perutusan khas Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin yang berlangsung tadi sekitar 12.30pm.


