Zahid Yang Perlu Letak Jawatan Bukan Ismail Sabri

Memang betul pun bukan Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri yang perlu meletakkan jawatan, sebaliknya Zahid sendiri.

Adakah patut yang melawan kebatilan pula yang disuruh meletakkan jawatan. Sebaliknya yang terang terang memperalatkan parti untuk lari dari hukuman kemalingan pula yang cuba bersenang senang. Alahai!

KUALA LUMPUR: Tidak wajar untuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu mengenakan tindakan ke atas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas tuduhan melanggar mana-mana peraturan yang terdapat dalam UMNO.

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Kartini Aboo Talib berkata, Presiden UMNO itu juga tidak boleh melabel Naib Presiden parti itu sebagai pengkhianat hanya kerana menentang keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan tampil berdiri bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media baru-baru ini.

Jelasnya, tindakan Ismail Sabri adalah kerana kepatuhan kepada tugas dan tanggungjawab yang diberikan kerajaan dan adalah tepat sebagai Timbalan Perdana Menteri.”Ahmad Zahid harus membezakan antara keperluan tugas-tugas Jemaah Menteri berbanding parti. Jika beliau sendiri tidak berupaya membezakan tanggungjawab ini, itu petanda Ahmad Zahid harus meletakkan jawatan kerana tidak lagi peka dan tidak sihat dalam membuat keputusan kerana dipengaruhi emosi.

“Dalam hal ini, isunya bukan Ismail Sabri khianati parti, sebaliknya Ahmad Zahid yang jelas mengkhianati parti dan membelakangkan ahli UMNO apabila bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Justeru, katanya taat setia dan rasa hormat ahli UMNO kepada Presiden tidak perlu membuta-tuli kerana jelas dalam situasi politik ketika ini, kepimpinan Presiden dipertikai dari segi dedikasi dan kewibawaan setelah beberapa siri kesalahan melibatkan integriti terhadap UMNO dan ahli-ahli UMNO.

Katanya, Ahmad Zahid sebaik-baiknya meletakkan jawatan secara terhormat, tidak perlu mendabik dada menegakkan benang yang basah dan berterusan bersekongkol dengan Pakatan Harapan untuk menjatuhkan kerajaan memandangkan usaha ini adalah sia-sia.

“Jika benar perjuangan Ahmad Zahid selama ini untuk bangsa, agama dan negara, maka beliau perlu dengan secara terhormat melepaskan jawatan Presiden UMNO, menumpukan tenaga dan usaha menjawab kes mahkamah beliau.

“Saya memuji Muhyiddin dan kerajaan kerana benar-benar mahu mengembalikan keluhuran separation of power dengan tidak campur tangan dalam urusan kehakiman dan keadilan,” katanya.

Astro Awani

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.