Beruk beruk Parlimen sedang berarak ke bangunan Parlimen. Mereka adalah Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Dr Mahathir dan ahli Parlimen PH termasuklah ahli Parlimen Semporna, Shafie yang sepatutnya tidak turut serta kerana sebelum ini dialah yang berdegil tidak melepaskan jawatan Ketua Menteri Sabah, walaupun tidak lagi mendapat sokongan dari Ahli Ahli DUN.
Sokongan Adun pada waktu itu tertulis secara rasmi tidak seperti Pakatan Harapan sekarang sokongan majoriti setakat di mulut yang tidak boleh dibuktikan secara rasmi. Tapi ada hati menuntut Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan Perdana Menteri. Alahai!
Kesian pembangkang ni, nampak sangat tidak bertanggungjawab ini. Tidak bertanggungjawab sebagai ahli Parlimen yang sepatutnya menjadi contoh, juga tidak bertanggungjawab sebagai masyarakat yang sepatutnya bertanggungjawab atas kesihatan orang lain, siapa tahu dikalanganan mereka sedang membawa virus Covid-19.
Mereka ini belum tahukah keputusan dewam, bahawa persidangan pada 02hb Ogos terpaksa ditangguhkan selepas yang dipertuan Dewan menerima nasihat dari Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia. Bahawa persidangan kali ini berpotensi menjadi lokaliti Covid 19 jika dibiarkan.
Jadi sebagai manusia yang masih berfikiran waras apa yang perlu dilakukan selain menangguhkan sidang?
Masyarakat, kamu lihat ini dalam keadaan kamu terpaksa berkurung menyebabkan hidup seharian terhimpit, mereka pembangkang, sibuk mencari kuasa politik. Hakikatnya mereka telah diberikan peluang menjadi kerajaan tapi belum sampai sepenggal sudah ada yang kantoi menipu wang rakyat. Apa berlaku pada Peter Anthony Adun daripada Warisan begitu juga seorang setiausaha di Kementerian Pelancongan yang juga dari parti Warisan, mereka berdua ini sedang dibicarakan di Mahkamah kerana rasuah.
DAP Lim Guan Eng pun begitu sedang dalam proses perbicaraan di Mahkamah kerana skandal terowong bawah laut Pulau Pinang.