
Nah kamu dengar tu wahai penyokong UMNO khususnya kluster Mahkamah. Cukuplah berpolitik tu hakikatnya apa yang disuarakan oleh Najib dan Zahid tu hanyalah repliksi dari ketakutan. Bukannya benar merujuk pada keadaan semasa yang berjaya digambarkan oleh pembangkang dan propaganda kluster Mahkamah itu sendiri.
Sekarang ini ibarat propaganda yang tidak menjadi dan senjata makan tuan.
Bising bising kluster Mahkamah pun tapi batang hidung mereka tidak kelihatan kelmarin di tunjuk perasaan baju hitam. Apa maksudnya tu? Hakikatnya mereka sedar rakyat masih menolak mereka tapi apa boleh buat daripada berkurung di sebalik jeriji besi itu yang sekejap bersetuju pada polisi kerajaan Perikatan Nasional sekejap tidak.
Hentikan perang politik, ganding bahu tangani isu rakyat – TPM
KUALA LUMPUR: Semua pihak wajar menghentikan peperangan politik buat sementara waktu dan berganding bahu menangani isu rakyat serta COVID-19 yang melanda negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Timbalan Perdana Menteri berkata, fokus paling mendesak ketika ini adalah berusaha bersama membantu rakyat yang terkesan, bukan berbalah yang akhirnya hanya merugikan negara.
“Sudah berulang kali saya katakan, tidak kira dari parti mana sekali pun, fokus kita kepada isu mendesak sekarang ini iaitu COVID-19, isu rakyat tiada pendapatan. Ini masalah lebih besar daripada apa yang bising hari ini.
“Sebab itu saya kata, lupakan peperangan dalam politik, yang penting kita kena bersama tidak kira dari parti mana, bantu menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd