Masjid Baru Bakal Dibina Di Semporna

SEMPORNA; 01 OGOS 2021 (Ahad) – Selepas Pembinaan Masjid AR Rahman yang terletak di tengah-tengah Pekan Semporna pada tahun 1937, sebuah lagi masjid baharu bakal dibina di daerah berkenaan setelah perlaksanaan fasa 1, melibatkan pembinaan tapak masjid seluas 5 ekar dengan kos sebanyak 7.5-juta ringgit siap 95-peratus.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pembinaan tapak Masjid Pekan Baru Semporna bagi fasa 2 yang melibatkan keluasan 16-ekar dengan kos sebanyak 27-juta ringgit akan memulakan kerja-kerja meratakan tanah pada bulan ini selepas mendapat kelulusan laporan Environment Impact Assesment.

Beliau berkata, pihaknya juga akan merancang kesesuaian pembinaan masjid berkenaan selain Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) akan memberikan perincian mengenai cadangan-cadangan yang sewajarnya dilaksanakan dan juga nasihat daripada pengerusi dakwah daerah iaitu Pegawai Daerah Semporna.

Katanya, pembinaan tapak ini juga bukan sahaja untuk pembinaan masjid, malah ia juga boleh menyediakan frasarana yang lain pada masa hadapan termasuk pembinaan sekolah, pusat-pusat kegiatan dakwah dan boleh dijadikan pusat islam untuk seluruh kawasan Semporna.

Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM selepas melakukan lawatan tapak Pembinaan Masjid Pekan Baharu Semporna.

Dalam pada itu, Datuk Arifin turut melawat projek baik pulih dan naik taraf Masjid AR Rahman Semporna yang terletak di tengah-tengah pekan Semporna yang bakal berwajah baharu selepas kerja-kerja membaik pulih dan naik taraf keseluruhan bangunan masjid berkenaan yang bernilai 6-juta ringgit itu siap tidak lama lagi iaitu kerja-kerja baik pulih dan naik taraf kini telah mencapai 95-peratus.

Beliau berkata, masjid berkenaan merupakan masjid bersejarah dan merupakan Masjid tertua di daerah Semporna telah dirasmikan oleh Perdana Menteri pertama Tengku Abdul Rahman Putera Al-Haj pada 20 Oktober 1967 serta menjadi mercu tanda bagi penduduk Semporna khususnya masyarakat beragama Islam.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: