Hari ini sekali lagi Warisan membawa cerita kartun, cerita yang tidak pernah dibuat oleh orang yang waras demokrasi.
Surat itu berupa pengakuan yang telah ditandatangani oleh Adun Sebatik Hassan Gani. Surat itu ditandatangani lebih awal sama ada sebelum atau sejurus Adun Sebatik mendapat kemenangan dalam pilihanraya negeri Sabah 2020.
Maksudnya surat tu bertarikh “back dated”. Tampak sangat ada unsur-unsur penipuan yang cuba dilakukan oleh kepimpinan parti Warisan.
Tarikh 26hb yang terdapat dalam surat hanya dicatatkan selepas pihak Parti Warisan mendapat tahu yang Adun Sebatik telah mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menyokong kerajaan Sabah GRS.
Nampak tak punyalah licik dan jahat permainan politik Parti Warisan ni.
Mereka ingat Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah itu naif peraturan macam mereka hingga begitu mudah diperbudak-budakkan.

Cuba pula kamu tengok surat rasmi atau surat akuan yang ditandatangani oleh Jaujan Sambakong semasa menjadi wakil Rakyat BN. Ada kamu dengar Jaujan dipaksa atau diheret supaya mengosongkan DUN Sulabayan atau diugut akan di saman? Tidak ada kan sebab surat seperti ini tidak laku dalam sistem demokrasi, ironinya Warisan tahu tetapi mereka cuba kenakan pada orang lain.

Para Adun Warisan sertai saja kerajaan GRS. Surat akuan bersumpah ciptaan pentadbiran Parti Warisan berkenaan tidak akan laku di negara Malaysia.
Kamu ingat andai surat akuan sumpah seperti itu sah atau laku di sisi undang-undang. Di mana nanti kamu letakkan muka raja-raja Melayu yang mengorbankan Malaysia menjadi sebuah negara demokrasi dan raja yang berperlembagaan?
Petang tadi tersebar satu kenyataan dari setiausaha Agung Parti Warisan bahawa mereka akan memfailkan saman atau menuntut ganti rugi daripada Adun Sebatik. Kenapa begitu sedangkan semalam kecoh kononnya DUN Sebatik akan dikosongkan dan akan menjalani pilihan raya kecil. 😅