Peter Anthony Gagal Gugur Lima Tuduhan Menyeleweng Wang Rakyat

Nampak gayanya Naib Presiden Parti Warisan Peter Anthony sikit hari lagi game over sudah.

Apa kah dia nanti mengalah begitu saja atau mencari talian hayat. Ini politik tiada seorang pun yang tahu sehinggalah ia benar benar berlaku.

Peter Anthony yang juga bekas Menteri Pembangunan infrastruktur Sabah diberitakan gagal dalam permohonannya untuk membatalkan lima tuduhan terhadapnya yang membabitkan jumlah RM8.75 juta.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim mahkamah sesyen Abu Bakar Manat selepas mendengar hujahan kedua belah pihak. Oleh itu Hakim menetapkan 25 Jun sebagai hari sebutan kes.

Tuduhan itu ialah Peter dituduh menerima hasil aktiviti haram daripada sebuah syarikat antara 25 Julai 2014 dan 18 Januari 2016. Dimana sejumlah wang didakwa telah dipindahkan dari satu syarikat ke akaun bank Syarikat lain. Sedangkan ia merupakan satu kesalahan di bawah akta pencegahan pengubahan wang haram, pencegahan pembiayaan keganasan dan hasil daripada aktiviti haram (AMLA).

Peter Anthony juga dituduh bersubahat dengan Michael Ubu yang merupakan seorang peguam dan ejen pembelian tanah bagi pihak RISDA. RISDA telah memindahkan wang ke akaun guaman Michael Ubu sebanyak RM15,545,500.00 dalam bentuk cek bagi tujuan bayaran pendahuluan 10% untuk ladang seluas 6,768,688 ekar di Sungai Pinangah dan Sungai Labau di Tongod.

Namun itu tidak berlaku bilamana Michael dan Peter Anthony bersubahat melepaskan pembelian ladang tersebut sedangkan wang pendahuluan tidak dikembalikan kepada RISDA.


Warisan semacam parti yang sinonim dengan tuduhan atau pendakwaan rasuah di Mahkamah. Cerita rasuah melibatkan pemimpin pemimpin Warisan ni telah heboh sejak dari awal Warisan mula-mula bertapak di Sabah. Waktu itu bukan hanya gambar Peter Anthony yang memakai t-shirt SPRM yang terpampang di dada dada portal berita tapi juga melibatkan Presiden Warisan dan bekas Timbalan Menteri KDN era kerajaan PH.

Begitu banyak tuduhan rasuah yang dihadapi oleh pemimpin-pemimpin Warisan. Nampak benar terlalu rakus, sikit sikit sudahlah. Rakyat pun faham tu.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.