KM Sabah Terima Kunjungan Hormat MBS

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Majlis Belia Sabah (MBS) di Sri Gaya, hari ini.


Kunjungan itu diketuai oleh Presiden MBS, Encik Ahmad Farid Sainuri. Turut hadir ialah Pengerusi Tetap MBS, Encik Mazlan Joehari Manan.


Menurut Ahmad Farid, kunjungan itu bertujuan menyampaikan memorandum MBS berhubungan Belanjawan Negeri 2021 kepada Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri.


Katanya, Ketua Menteri menyambut baik pandangan dan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh MBS.


“Beliau (Hajiji) juga memaklumkan bahawa sebahagian daripada input-input MBS, terutamanya mengenai ekonomi belia dan modal insan sudah terangkum dalam Belanjawan 2021 Negeri Sabah yang akan beliau bentangkan minggu depan.


Katanya, selaras dengan nasihat dan pandangan daripada Hajiji, MBS akan terus menyantuhi golongan belia termasuk mengadakan aktiviti dan program-program bersama kerajaan.


“MBS mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri kerana mengiktiraf komitmen MBS dan golongan belia”, jelas Ahmad Farid.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: