
Bukan perkara pelik kalau ada yang terus mempersoal pencapaian atau perkara yang telah dicapai semasa kerajaan Warisan, yang hanya bertahan dua tahun setengah.
Hanya mampu bertahan dua tahun setengah cukup membuktikan, kerajaan Warisan adalah kerajaan gagal. Masa pula sebaliknya, sepatutnya sebagai parti yang baru merasa sebagai kerajaan negeri bersungguh sungguh menunaikan janji pilihan raya, sampai rakyat Sabah dilimpahi kemajuan, tapi tidak berlaku. Hanya kroni dan kerabat Ketua Menteri Shafie saja yang sengaja diberi kesempatan atau mandi manda dengan projek. Nah golongan inilah yang hari ini beriya iya menafikan kegagalan kerajaan Warisan. Hemmm!
Makanya antara sebab lain kenapa walaupun parti Warisan adalah kerajaan negeri tapi ditumbangkan oleh rakyat Sabah pada pilihan raya negeri 2020. Ini fakta yang tidak boleh disangkal.
Semasa kerajaan Warisan beberapa projek gajah putih bernilai jutaan ringgit diberikan pada kroni Warisan dari Semporna. Bayangkan projek lorong pejalan kaki berbumbung bersebelahan ladang sawit pun wujud, sekarang lorong itu kerbau pun tidak guna.
Tapi janji empat mata pada orang kampung semasa PRU 2018 tidak ditunaikan, seolah olah tidak sempat. Sebab itu pada pilihan raya negeri 2020, jentera Warisan tidak lagi menabur janji tapi terpaksa membohong secara terbuka dengan memacakkan papan tanda kononnya plan dan peruntukan rumah ganti mangsa kebakaran sudah ada di pejabat daerah, tinggal dilaksanakan.Tapi sewaktu lawatan, DO memaklumkan papan tanda itu hanyalah pembohongan, TIDAK ADA peruntukan yang disediakan oleh kerajaan Warisan.
Ada lagi satu kes melibatkan mangsa kebakaran di Sandakan. Bertanya pada Shafie, mana janji Sabah Ubah memandangkan sudah dua tahun menjadi kerajaan tapi tidak menunaikan janji.
Masyarakat Bajau Suluk Tanya Mana Sabah Ubah, Apa Yang Berubah, Kami Bukan Binatang (Video)
Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor sendiri dan beberapa pemimpin kerajaan pernah menuntut perkara sama.
Supaya Shafie menunjukkan bukti, kalau benar berjaya sebagai kerajaan negeri Sabah.
Shafie Gagal Tunjuk Bukti Kejayaan Warisan Setelah Dicabar Oleh KM Hajiji
STAR Cabar Warisan Tunjuk Laporan Tuntutan Ke Atas MA63
Kalau saya tidak lupa, Shafie hanya mampu mengemukan kilang membungkus minyak masak sebagai bukti bukannya cukai Petroleum. Hari ini baru dipalu. Pelikkan, nampak sangat membohong.
Kilang membungkus minyak masak pun satu kejayaan kah? tauke sayur pun boleh buat. Alahai!
Shafie Akan Buat Kilang Panadol Pula, Macam Kilang Bungkus Minyak Masak ?
Semalam Shafie berucap di perhimpunan Warisan yang berlangsung di Tawau. Mendakwa kerajaan Warisan berjaya menuntut cukai Petroleum. Benar kah, bukan kerajaan Warisan hanya mengikut langkah kerajaan Sarawak kah?
Sarawak Perkenal Cukai Produk Petroleum, Sabah?
Dibawah penjelasan dari pemimpin STAR yang mendakwa kerajaan Warisan atau Shafie gagal menuntut cukai Petroleum.
Habis itu kenapa Shafie membuat dakwaan yang sebaliknya ketika berucap di perhimpunan berkenaan, seperti link dibawah. Sebab yang mendengar semalam KEBANYAKANNYA orang orang pencen dan tidak tahu apa apa?
Warisan’s initiative introducing a sales tax on petroleum products ensures Sabah benefits from over RM1 billion in annual revenue—Shafie Apdal
Dibawah link selanjutnya yang membuktikan Warisan gagal sebagai kerajaan berhubung cukai Petroleum.
https://jalinluin.com/2020/11/10/shafie-warisan-tidak-buat-apa-untuk-dapat-cukai-jualan-5-adun-star/






















Leave a Reply