Sarawak Perkenal Cukai Produk Petroleum, Sabah?

Sarawak akan mengenakan cukai jualan lima peratus ke atas produk petroleum berkuatkuasa Januari tahun depan. Selain royalti lima peratus yang diterima selama ini.

Pengenalan cukai itu dilaksanakan bagi meningkatkan dana kerajaan negeri, selepas parti yang menguasai Sarawak berada dalam gabungan parti Sarawak GPS bukan Barisan (BN) Nasional selepas pilihan raya umum ke-14.

Pengenalan cukai baharu ini akan mampu menjana pulangan sehingga 3.9 bilion dan ia dilaksanakan berdasarkan perlembagaan Persekutuan di mana negeri dibenarkan mengenakan cukai jualan dalaman ia akan dikenakan keatas minyak mentah, gas asli, cecair gas asli, baja berasaskan kimia dari produk gas kepada cecair.

Perkara itu diperkenalkan oleh Ketua Menteri Sarawak Abang Johari yang juga Menteri kewangan dan pembangunan ekonomi Sarawak.

Walaubagaimanapun usaha kerajaan Sarawak itu mendapat sedikit tentangan daripada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali bahawa cukai itu nanti akan memberikan kesan bukan sahaja kepada Petronas malah industri hiliran berkaitan produk berkenaan.

Betullah alasan Sarawak, memandangkan kini Sarawak adalah negeri pembangkang yang terpaksa berdiri di kaki sendiri. Bukan seperti Sabah menjadi sebahagian dari jajahan PH, walaupun sebelum PRU14 Shafie Apdal selaku Presiden Warisan menegaskan tidak akan bekerjasama dengan parti politik daripada Semenanjung sebab kononnya agenda Sabah for Sabahan.

Oleh itu adalah tindakan yang tidak wajar dan tidak setiakawan serta tidak bermoral andai Sabah turut memperkenalkan cukai Petroleum kerana ia akan dilihat sebagai tidak menghargai jasa PKR dan DAP yang sama-sama membentuk kerajaan negeri. (Itulah tidak ikhlas dalam perjuangan, sewaktu berhadapan dengan orang kampung, mendakwa Warisan menuntut agenda autonomi tapi dalam masa yang sama menjadi tulang belakang Mahathir di Sabah)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s