Shafie Ugut Saman Petronas Cukai Produk. Malulah Oiii!

Mulai sudah Warisan menemberang perjanjian 1963 dan berkaitan royalti minyak.

Terbaru Shafie/Warisan mengugut akan kononnya mengheret Petronas ke Mahkamah sekiranya Cukia Jualan Produk Petroleum tidak dibayar kepada Sabah.

Shafie ni hanya pandai meniru atau cemburu pada kejayaan kerajaan Sarawak setelah berjaya mendapat cukai jualan produk Petroleum mereka. Tapi apa yang dihairankan kerajaan Sarawak telah berusaha ke arah itu sejak tahun 2018 dan telah pun berjaya menubuhkan beberapa syarikat milik kerajaan negeri dalam Petronas sebagai kluster.

Bukan macam kerajaan Warisan sebelum ini hanya cergas dan rajin mempolitikkan perjanjian 1963 dan tuntutan royalti minyak yang dicanang hampir setiap masa walaupun ketika itu Warisan sudah duduk sebagai kerajaan, yang sebenarnya bermatlamatkan politik semata-mata bukan menuntut hak dalam perjanjian 1963. Oleh itulah Warisan tidak ada modal lain yang lebih bermanfaat dalam usaha mengekalkan sokongan ke atas Warisan.

Baca link dibawah. Sejak tahun 2018 lagi kerajaan Sarawak sudah berusaha keras memperkenalkan dan mengubal undang undang agar cukai produk petroleum nanti diiktiraf atau dipatuhi oleh syarikat minyak seperti Petronas dan sebagainya.

Sarawak Perkenal Cukai Produk, Sabah?

Hasilnya mereka berjaya dan hal inilah yang cuba dipolitikkan oleh Presiden Warisan sempena pilihan raya negeri kali ini.

Justeru itu Warisan akan konon mengambil tindakan mahkamah keatas Petronas sekiranya cukai yang sama tidak dibayar. Nampak tak?

Sebelum itu tanya dulu diri tu wahai Shafie, sudah adakah usaha sebelum ini macam yang dilakukan oleh kerajaan negeri Sarawak. Kalau tidak ada nah lebih baik duduk diam-diam, cukup cukuplah memperjudikan nasib rakyat Sabah melalui retorik perjanjian dan royal minyak tu. RM3.2 bilion dari royalti minyak 5% yang telah dijelaskan oleh persekutuan untuk tahun 2018 dan 2019 pun rakyat Sabah tidak tahu ke mana sudah dana itu dibelanjakan oleh kerajaan Warisan.

Sehingga Hari ini Warisan Gagal Tunjuk Transaksi 3.2 Bilion

Kejayaan demi kejayaan dicapai oleh kerajaan negeri Sarawak tapi mereka tidak sudah mempolitikkan 20% royalti minyak seperti mana kerajaan Warisan sebelum ini. Sebaliknya mereka mencerdikkan diri dengan mengwujudkan satu perniagaan baharu sebagai kluster dalam Petronas, syarikat itu 100% milik kerajaan negeri. Selain memperkenalkan cukai produk Petroleum. Ironinya kalau dihitung mereka mendapat pulangan yang sama banyak.

Untuk nota kerajaan BN Sabah sebelum ini juga berjaya menubuhkan syarikat kerajaan negeri dalam Petronas sebagai kluster.

Usaha Sarawak memperkenalkan atau undang-undang cukai produk bermula pada tahun 2018, tahun yang sama Warisan mula berkuasa sebagai kerajaan negeri tapi habuk pun tidak ada. Sembang kari saja yang lebih.

Warisan atau Shafie talk only no action orang naif dan moron saja yang mudah terpedaya dan percaya pada mereka.

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑