
Mari aku balas tuduhan tidak bertanggungjawab ini. Kita namakan sahaja mereka sebagai macai Warisan versi Cina.
Aku benar-benar terkesima dengan sikap golongan ini selepas memperoleh kemenangan atas tiket Parti Warisan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 baru-baru ini. Sejujurnya, mereka terlalu kuat mengada-ada, seolah-olah tidak memahami asas politik atau menganggap sikap sesetengah penyokong Warisan daripada kaum lain sebagai sesuatu yang wajar dalam politik.
Dakwaan kononnya tiada peruntukan untuk menaik taraf Hospital Sandakan dalam Belanjawan 2027 adalah amat tidak tepat, sengaja mengelirukan rakyat dan berunsur politik sempit.
Dakwaan tersebut juga mengabaikan beberapa fakta utama berkenaan pengagihan peruntukan sektor kesihatan.
Belanjawan 2027 menyediakan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion bagi penyelenggaraan dan kerja-kerja baik pulih hospital serta klinik di seluruh negara. Sabah, termasuk Hospital Sandakan, turut menerima manfaat daripada dana penyelenggaraan dan naik taraf peralatan hospital.
Peruntukan projek kesihatan awam tidak bermakna jik prasarana berkenaan tidak disebut semasa pembentangan belanjawan maka peruntukannya juga tidak ada. Peruntukan tersebut akan disalurkan secara berperingkat menerusi perancangan fizikal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ertinya, perkara ini berada di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan dan tidak boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri.
Tindakan menyebarkan naratif palsu tanpa menyemak fakta sebenar hanya bertujuan menimbulkan kegelisahan dalam kalangan penduduk.
Satu lagi, kamu daripada pihak Warisan janganlah terlalu mengada-ada. Apa yang ada dalam fikiran kamu sekarang? Adakah keadaan Sabah ini sejak dahulu sudah seperti Dubai? Kerajaan masih perlu mencari sumber pendapatan lain untuk membiayai pembangunan, dan semua itu turut melibatkan dana rakyat.
Sebelum ini, kamu sibuk mengkritik keadaan jalan raya, walaupun sebahagian kerosakan tersebut diwarisi daripada pentadbiran kerajaan Warisan. Namun, kerajaan semasa di bawah GRS tidak berdiam diri. Sebaliknya, kerajaan terus mengambil langkah baharu dengan memulakan projek Lebuhraya Pan Borneo.
Tanggungjawab terhadap jalan raya di Sabah terbahagi kepada dua, iaitu di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.





















Leave a Reply