
Mengapa pihak Warisan terus berdiam diri selepas bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan, mendedahkan dakwaan berkaitan kartel dadah Upik? Pemimpin dan penyokong mereka seolah-olah akur, malah ada yang kelihatan mengakui bahawa parti Warisan benar-benar terlibat dalam aktiviti tersebut.
Sedangkan selama ini, mereka begitu agresif mempertahankan diri walaupun fakta yang dikemukakan kebanyakannya tidak masuk akal. Persoalannya, mengapa isu kali ini tidak dinafikan bersungguh-sungguh seperti kebiasaannya?
Ada juga yang tampil menafikan dakwaan tersebut. Aziz Jamman, misalnya, menafikan bahawa beliau bersekongkol dengan Geng Upik yang didakwa hampir menjadikan Sabah seperti sebuah negara dadah, Colombia.
Selain Aziz, tiada pemimpin lain yang tampil memberikan penjelasan sehingga hari ini. Semuanya senyap sunyi.
Walau apa pun sikap pihak Warisan susulan pendedahan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan, rakyat mungkin tidak begitu peduli. Bukan orang ramai tidak mengenali sikap pemimpin dan penyokong Warisan. Perkara yang jelas dan terbukti di depan mata pun mereka nafikan seolah-olah esok sudah tiada, inikan pula perkara yang masih dalam bentuk persepsi. Namun, mengapa mereka tuli dan bisu?
Namun, ingin ditanyakan: Sudahkah pihak Warisan membuat laporan polis terhadap YouTuber dari Indonesia yang menghasilkan kandungan berkaitan Geng Upik dan mengaitkannya dengan Aziz Jamman?
Begitu juga terhadap Tan Sri Ayob Khan, sudahkah Aziz Jamman membuat laporan polis?
Aziz sebelum ini menegaskan bahawa beliau tidak mengenali Upik secara peribadi dan tidak pernah bertemu dengannya. Beliau turut menafikan pernah memberikan perlindungan, bantuan atau sokongan kepada kumpulan tersebut serta menyatakan kesediaan untuk mengambil tindakan undang-undang.
Justeru itu aku bertanya ni sudah kah laporan Polis dibuat, jika tidak macam mana ambil tindakan undang undang.
Sumber: Sinar Harian — “Aziz Jamman Nafi Kaitan dengan Geng Upik” (10 Oktober 2026).





















Leave a Reply