
SUKA SAYA MENJELASKAN – Berhubung isu tular penggunaan jet peribadi yang dikaitkan dengan pegawai kanan Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM), kami di jalinluin.com terpanggil untuk meleraikan kekeliruan berdasarkan fakta rasmi.
Suka juga aku mengingatkan rakyat Sabah, bukan hanya pada isu ini. Agar jangan mudah mempercayai dakwaan pembangkang yang hanya merujuk pada gambar, kenyataan ringkas lalu diolah unuk mencetuskan persepsi jelek terhadap kerajaan negeri.
Pembangkang Warisan itu, rata yang sibuk menyalahkan kerajaan negeri adalah golongan yang tidak jelas kewujudan mereka dalam politik. Entah entah yang menyambung dakwaan bohong mereka itu pengikut geng Upik yang kecewa setelah kegiatan mereka semakin hari semakin suram, bikin makan pun tidak berapa ada.
1. LAWATAN KERJA RASMI OGOS 2024 – TUJUAN FDI
Lawatan ke Indonesia pada Ogos 2024 adalah lawatan kerja rasmi bagi meneroka Pelaburan Langsung Asing (FDI) dalam sektor mineral. Jet tersebut didakwa milik syarikat penganjur dari Indonesia.
2. KOS RM400K BELUM SAHIH
Angka RM400,000 yang tular adalah dakwaan daripada laporan polis oleh bekas CEO SMM. Setakat ini, tiada invois rasmi, tiada resit, dan tiada pengesahan audit yang dikemukakan kepada umum.
3. SIASATAN DALAMAN SELESAI FEBRUARI 2025
SMM mengesahkan siasatan dalaman selesai pada Februari 2025. Hasilnya: TIADA salah laku, TIADA konflik kepentingan, TIADA keuntungan peribadi.
4. KERJASAMA PENUH DENGAN SPRM
Dua pegawai SMM telah memberikan kerjasama penuh kepada SPRM. Sehingga kini, tiada sebarang dakwaan dibuat oleh SPRM.
PENEGASAN: jalinluin.com menyokong ketelusan penuh, namun ketelusan itu harus berasaskan dokumen rasmi, bukan fitnah dan politik persepsi. Rakyat Sabah mahukan GLC yang berani membawa masuk pelabur.
Sumber: Kenyataan Rasmi SMM, Harian Metro, Berita Harian. Dikemaskini: Mac 2025





















Leave a Reply