Komen Dulu Bha Apa Jasa Calon Warisan Di DUN Apas?

Sebelum itu suka admin merujuk propaganda yang cuba disebarkan oleh Jaujan Sambakong ketika berkempen di DUN Apas.

Seperti biasa diiringi pujian dan janji manis pada pengundi. Taktik sama yang digunakan oleh Shafie walaupun mereka sendiri pernah berhadapan dengan calon yang lebih berkredibiliti, berkemampuan dan lebih berpendidikan dari mereka dan nyata sehingga hari ini DUN yang diwakili oleh Shafie dan Jaujan masih ketinggalan dari banyak sudut pembangunan dan sosial. Walhal mereka pernah berada dalam Kementerian KKLW dan sebagai Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri Sabah yang boleh menyediakan kemudahan kepada kawasan dan pengundi mereka.

Tapi kalau berkempen di tempat orang bukan main lagi. Kononnya pemilihan Amrullah sebagai calon adalah strategi rapi untuk pembangunan berterusan Tawau.

Jaujan saja sudah masuk dua penggal sebagai wakil rakyat manakala Shafie sudah masuk satu abad. Tetapi Kampung Simunul, Semporna saja mereka robohkan atas alasan untuk dijadikan industri Pelancongan.

Maksudnya apa, maksudnya Jaujan dan Shafie itu sendiri adalah pemimpin atau wakil rakyat yang gagal justeru jangan percaya kalau mereka berkempen di tempat anda. Ucapan mereka hanyalah retorik semata-mata.

Inilah perangai Warisan hidung tidak mancung pipi tersorong sorong.

Betul juga persoalan yang ditimbulkan oleh netizen. Amrullah pernah memegang jawatan dalam kerajaan dan terakhir sebagai Presiden MPT namun menjadi tanda tanya apa sumbangannya kepada orang Tawau atau daerah Tawau secara keseluruhannya hingga melayakkan dia terpilih sebagai calon Warisan untuk DUN Apas?

Macam pada pilihan raya umum yang lepas taiko penyeludup barang terkawal ke negara jiran pun dicalonkan atau diangkat sebagai wakil rakyat oleh Shafie. Sebab itulah bila orang seperti ini diberikan jawatan yang menyamai jawatan menteri benda asas yang berlaku di sekeliling pun dia tidak tahu.

Nah ini lagi seorang ni walaupun pernah memegang jawatan yang agak tinggi dalam kerajaan negeri sebagai Presiden MPT tapi sehingga saat ini masyarakat Tawau masih tertanya tanya apa kebaikan yang dia telah lakukan di daerah Tawau.

Warisan kalau dibiarkan lama lama ikut kita terpinggir di negeri sendiri, nama saja rakyat Sabah tapi diselia oleh orang-orang yang tidak ada jiwa kepimpinan, ada tidak ada sama saja.

Benar benar Warisan ni perosak perkembagan keintelektualan rakyat Sabah. Dia bawa kita ke zaman kastilah. Tolonglah kuburkan Warisan ini buat selama lamanya, nah kalau tidak monyet pun akan mereka calonkan tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.