
Hairan sehingga hari ini Presiden Warisan masih berkeras kononnya kerajaan negeri Warisan telah berjaya mengagihkan bantuan Covid 19 yang menelan belanja RM189 juta.
Dakwa Shafie lagi kononnya yang tidak menerima bantuan itu adalah mereka yang tidak mendaftar dalam program eKasih. Beliau berkata demikian ketika berkempen di DUN Sulaman. Dari sini kita mulai nampak penipuan yang cuba ditegakkan oleh Shafie.
eKasih adalah program atau pengkalan data milik kerajaan persekutuan tidak ada kaitannya dengan pakej bantuan Covid 19 yang diumumkan oleh kerajaan Warisan Sabah.
Bantuan Covid Sabah hendaklah dipohon melalui sistem yang disediakan oleh kerajaan negeri. Namun menurut salah seorang Setiausaha Ketua Menteri Sabah yang bertanggungjawab, Nick sistem yang mereka sediakan ada masalah atau tidak lancar (sebenarnya selain kegagalan sistem ada unsur-unsur penyelewengan melibatkan kakitangan dalaman) Dibawah link penyelewengan yang dimaksudkan.
Penyelewengan Bantuan One Off Covid 19 Sabah
Sebab itulah selepas tempoh bantuan berakhir banyak kenyataan dari pentadbiran kerajaan negeri yang cuba menutup kegagalan mereka. Termasuklah dari Shafie sendiri yang mengakui kegagalan pentadbirannya. Baca link dibawah,
Shafie Maaf Ada Yang Terlepas Minta Bantuan
Begitu juga keterangan untuk sebenarnya menutup kegagalan sistem pengkalan data yang di sediakan dan angka angka yang cuba dimanipulasi oleh menteri yang berkaitan. Seperti link dibawah
Hampir Sejuta Telah Menerima Bantuan Covid 19 Sabah?
Tapi Shafie dalam ucapan kempennya di DUN Sulaman menyatakan yang sebaliknya iaitu mereka yang tidak menerima bantuan adalah kerana mereka tidak berdaftar dalam eKasih? Hemmm!
Akibat kegagalan yang remeh ini jangankan menawan kubo kuat Bersatu (Perikatan Nasional) hanya untuk mempertahankan kemenangan DUN di Semporna pun nampaknya akan bertemu jalan buntu.
- Hapus Persepsi Negatif Terhadap Masyarakat Bajau Suluk Berikutan Tragedi Tanduo – Tawfiq
- Zoo Negara Desak Panda Najib Di Hantar Balik Ke China – Membazir
- Zon 5 Sandakan Sertai PPBM Sabah
- Zillion Ventures Sumbang Beras Pelitup Muka & Hand Sanitizer – BERSATU Sabah
- Zainab Mohd Salleh Bukan Isteri Saya , Latiff Nafi Tuduhan Rafizi
Tinggalkan Jawapan