Ini kalilah parti Warisan berhadapan dengan krisis kepercayaan daripada jentera dan penyokong sendiri yang sebelum ini bertanggungjawab memenangkan parti Warisan atau Pakatan Harapan pada pilihan raya yang lepas dan selepas itu berusaha mempertahankan parti Warisan dari serangan yang berbau kekitaan. Seperti contoh di pantai barat juga ramai pemimpin tempatan yang berkaliber tapi tidak diangkat seperti mana Bajau Semporna mengangkat Shafie Apdal sebagai pemimpin mereka.
Namun sejak akhir-akhir ini sentimen itu mulai diterima dan meletup ditambah dengan sikap dan cara pemimpin Parti Warisan yang gagal mengambil peduli kehendak dan teguran pengikut mereka.
Kelmarin beberapa pemimpin Warisan di peringkat pertengahan dan akar umbi telah bertindak meninggalkan parti Warisan dan nekad menyertai parti USNO. Mereka adalah Pak Joko dan Dr Budiman, Mazry Nasir serta beberapa lagi dari DUN Pintasan, Kota Belud.
Berdasarkan catatan awal di Facebook mereka, sebab kenapa mereka bertindak membubarkan jentera Warisan untuk DUN Pintasan adalah kerana mereka tidak digunapakai oleh calon Warisan. Namun percayalah itu hanyalah alasan ada hal lain yang lebih mustahak seperti yang admin nyatakan diatas, sentimen kekitaan di kalangan masyarakat pantai barat dan persepsi mereka terhadap parti Warisan.
Apapun alasannya tahniah daripada admin.
Dalam hanya tempoh dua tahun setengah parti Warisan telah terbukti gagal mentadbir rakyat dan negeri Sabah. Begitu banyak keluhan yang disuarakan masyarakat, baik kerana birokrasi yang mereka hadapi semasa berurusan dengan pentadbiran kerajaan negeri atau berkaitan bantuan Covid 19 yang tidak kesampaian atau saja berita pendakwaan di mahkamah yang melibatkan pemimpin dan kakitangan daripada parti Warisan setelah disyaki menyalahgunakan kuasa atau memakan wang rakyat.
Madah orang berakal asal bukan Warisan.
- Mahkamah Tinggi KL Tangguh Keputusan Mahkamah KK Berhubung 40% Tapi Kerajaan GRS Yang Dipersalahkan? Bodoh!
- Rahman Letak Jawatan Ketua UMNO Tuaran, Lepas Itu Apa?
- Apa Salahnya Anak Musa Dan Hajiji Dianugerahkan Pangkat Datuk, Kenapa Dengki?
- KM: Ekonomi Sabah Dijangka Terus Berkembang Positif
- Baru Penyokong Warisan Sibuk Pasal Pengedaran Dadah, Walaupun Telah Diingatkan, Bodoh Punya Orang

























Leave a Reply