Junz Wong Jangan Politikkan Kesusahan Keluarga Veveonah

Tidak ada dikalangan pemimpin PPBM atau saja UMNO yang menghina Sabahan.

Junz Wong kamu sebagai pemimpin walaupun pemimpin celup, jaga sikit kenyataan tu.

Ya sudah tentu politik adalah politik tetapi dari konteks kemanusiaan dan masyarakat marhain atau masyarakat kampung tidak bolehlah perkara yang dihadapi oleh Veveon Mosibi terlalu dipolitikkan hingga seolah olah Warisan atau Junz Wong mengaibkan kehidupan keluarga Veveon Mosibi itu sendiri.

Sebelum ini Ahli Parlimen Kudat Datuk Rahim Bakri telah mengeluarkan kenyataan menyokong perkara yang dilaporkan oleh ahli Parlimen UMNO daripada Perlis berkaitan adik Veveon, sebagai benar. Walhal yang ada adalah sebaliknya, adik Veveonah memang dari keluarga yang agak susah dan pada waktu itu dia memang menghadapi peperiksaan semester secara atas talian hingga terpaksa memanjat pokok bagi mendapatkan gelombang yang lebih baik.

Sebelum ini Veveonah menjadi perhatian netizen bila mana gambarnya ketika menjawab soalan peperiksaan diatas pokok agak tersebar.

Kerana kejadian itu, pembangkang Warisan telah menukarnya menjadi isu politik, ia dipolitikkan sejak dari awal gambar Veveon yang berada diatas pokok tersebar dengan menyalahkan kerajaan BN sebelum ini hingga mereka lupa parti apa yang memerintah Sabah pada waktu itu, bukan kah parti Warisan sebuah parti yang gagal.

Yang ingin admin sampaikan di sini adalah apa yang dipanggil keikhlasan walaupun sekelumit. Pemimpin Warisan Junz Wong sebelum ini telah berjanji akan memberikan keluarga Veveon satu rumah burung Walet sekiranya Warisan diberikan mandat pada pilihan raya umum yang akan datang. Namun hasrat politiknya itu telah mendapat kritikan dari ramai netizen maka kelmarin dia telah mengeluarkan kenyataan bahwa rumah burung Walet itu akan dibina bersebelahan rumah Veveonah dalam tempoh yang terdekat. Dalam pada itu sempat lagi dia menyalahkan PPBM dan UMNO sebagai suka menghina orang Sabah.

Tidak ada yang menghina apa yang berlaku hanyalah salah faham atau laporan yang diterima oleh dua pemimpin perikatan Nasional itu tidak tepat. Sebaliknya sekarang menghina adalah Warisan kerana mempolitikkan kemiskinan orang Sabah.

Sekarang sebagai masyarakat Sabah kamu fikir lah sendiri siapa sebenarnya Warisan bukankah setiap kenyataan dan kelakuan mereka pasti ada muslihat di sebaliknya. Iya tidak dinafikan politik adalah politik tapi mempolitikkan kesusahan orang lain adalah ciri ciri orang atau kepimpinan yang tidak boleh dipercayai. Maksudnya mereka akan membuat kebaikan dengan nilai seratus tapi mereka akan mencuri wang rakyat Sabah jauh lebih daripada itu.

Lihat apa berlaku pada Peter Anthony, Peguam daripada Warisan dan yang terbaru seorang setiausaha daripada Warisan berkhidmat dalam Kementerian Pelancongan pada ketika itu. Mereka disiasat dan didakwa di Mahkamah kerana salah guna kuasa wang rakyat. Itu baru setengah penggal, kalau berpenggal penggal apa agaknya yang akan berlaku?

Oleh kerana itu suka admin mencabar kepimpinan Warisan jika benar ikhlas terhadap keluarga seperti ini iaitu tidak mempolitikkanya. Di luar sana ada beribu lagi orang Sabah yang hidup susah seperti itu di mana Warisan tidak berjaya mengubah hidup mereka walaupun telah menjanjikan pelbagai keindahan pada pilihan raya yang lepas, termasuklah menjadikan tanah Felda yang ada di Sabah menjadi milik rakyat Sabah. Bagaimana dengan mereka apa yang Warisan boleh lakukan? jangan hipokrit dan jangan ada diskriminasi terhadap rakyat dan bangsa Sabah.

3 thoughts on “Junz Wong Jangan Politikkan Kesusahan Keluarga Veveonah

Add yours

  1. Hello Jalinluin, isu veveionah ni memang isu politik. – kegagalan Kementerian Komunikasi membekalkan access internet ke kawasan perdalaman.

    Ada duit beratus juta untuk projek ini, sudah masuk poket Rosmah. Kesian Veveionah terpaksa panjat pokok utk dapat access internet.

    Issu ini jadi isu politik, bila Timbalan menteri kamu, kutuk veveionah. Sebagai Menteri komunikasi, dia patutnya selesaikan masalah budak ni, bukan kutuk dia. Ini membuktikan, semua menteri PN are stupid. Tak pandai ambil kesempatan utuk tunjuk kemampuan. Lepas tu kamu nak salahkan Warissan konon jadikan veveionah isu politik.

    Kamu mahu Warissan kutuk dia juga ke macam Timbalan menteri kamu….????

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: