Sebelum PRU14 Darell Dakwa Jualan Pakaian Terpakai Adalah Kegagalan Ekonomi Sabah. Sekarang Apa Cerita? (Video)

Artikel ini admin tulis pada November 2017. Ia berkaitan dengan kenyataan si Darell Leiking yang mendakwa kononnya lambakan jualan pakaian terpakai di Sabah adalah kayu ukur kepada kegagalan kerajaan BN pada waktu itu mengurus ekonomi Sabah.

Namun setelah parti Warisan berjaya merampas kerajaan BN daripada Tan Sri Musa Aman melalui peralihan jawatan Ketua Menteri yang tidak sah. Nampaknya jualan pakaian terpakai semakin berlambak. Adakah ini bermaksud kerajaan Warisan sememangnya gagal mentadbir negeri Sabah terutamanya dari konteks ekonomi?

Sejak Warisan Ekonomi Sabah Menjunam Sehingga KDNK 0.5%

Sebab itu kerajaan Warisan dilihat hanya rajin merasmikan prasarana yang disediakan oleh kerajaan sebelum ini serta melawat perusahaan yang diselia oleh kerajaan juga sebelum ini. Hahaha!

Benar-benar Warisan adalah parti yang sarat dengan pemimpin pemimpin yang hipokrit dan tolol.

Pada pemimpin dan jentera Warisan tolong jawab persoalan ini?

Maka benarlah hanya orang-orang Sabah yang tidak ada semangat nasionalisme, tidak ada harga diri serta tidak jelas yang akan terus menyokong Warisan. Sanggup dikelilingi oleh orang-orang yang hipokrit dan sebenarnya mentertawakan mereka dari belakang akibat ketidakfahaman mereka terhadap politik itu sendiri.

Samalah dengan Warisan yang sanggup memperalatkan segelintir masyarakat Sabah atau kampung yang boleh lah kita katakan tidak tahu hak hak mereka sebagai rakyat Malaysia.

Mereka tidak tahukah baru dua tahun setengah Warisan menjadi kerajaan negeri sudah pun wakil rakyat mereka terpalit dengan tuduhan rasuah di mahkamah dan berhadapan dengan siasatan SPRM dan LHDN.

Ada yang tidak tahu kah sebelum mereka menjadi wakil rakyat Warisan ada diantara mereka yang berkecimpung sebagai penyeludup barang kawalan ke negara jiran. Hari ini dia berlagak sebagai pemimpin pada orang-orang Sabah.

Warisan ni hanya merendahkan martabat kamu sebagai orang Sabah adalah.

Teruskan membaca link di bawah di sana ada rakaman video sebagai bukti kehipokritan mereka.

JalinLuin.com

Si Darell aka Warisan ketika berhujah di sidang Parlimen mendakwa kewujudan premis premis pakaian terpakai (bundle) di negeri Sabah adalah kayu ukur kepada ekonomi negeri Sabah itu sendiri iaitu ada yang tidak kena, boleh saja tidak stabil atau teruk.

Mungkin dia ingat premis premis itu sebuah badan NGO antarabangsa seperti UNICEF. Pakaian dari sumbangan masyarakat diberikan secara percuma pada pelarian atau mangsa yang terbabit.

Dia tidak tahu ada diantara pakaian terpakai itu yang dijual dengan harga cukup mahal tapi kerana jenamanya yang sukar didapati di Malaysia selain kualitinya yang bertaraf antarabangsa. Maka pakaian bundle berjenama menjadi pilihan dan mendapat permintaan dari semua lapisan masyarakat tidak mengira status kaya atau miskin, termasuk mereka yang berstatus artis.

Kerana mendapat sambutan yang menggalakkan ada diantara bundle bundle itu yang dijual diatas talian.

Membuktikan kewujudan premis premis pakaian terpakai tidak boleh dijadikan kayu ukur kepada ekonomi Sabah seperti mana dakwaan Timbalan Presiden Warisan berkenaan…

View original post 68 more words

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: