*GERAN KOMUNAL*
Tujuan Kerajaan Negeri Sabah BN (Tan Sri Musa Aman) sebelum ini memperkenalkan Geran Komunal adalah untuk menolong anak Sabah, anak asal Sabah untuk memiliki tanah. Sebelum Geran Komunal di perkenalkan, kebanyakan tanah adat telah dijual kerana pemilik tanah adat mungkin terpengaruh dengan tawaran-tawaran yang mereka fikir sangat lumayan.
Dibawah dasar Geran Komunal ini, orang asal Sabah yang belum memiliki tanah akan lebih mudah untuk mendapatkan tanah tetapi mereka kemudian tidak boleh menjual tanah tersebut. Dengan adanya dasar berkenaan, kerajaan juga akan membantu pemilik Tanah-Tanah Komunal untuk membangunkan tanah tersebut seperti pembinaan kemudahan infrastruktur asas seperti jalan raya serta bekalan air, elektrik dan masjid bagi orang asal Islam dan gereja bagi orang asal Kristian
*GERAN KOMUNAL YANG SEPATUTNYA*:
1. Pemberimilikan Geran Komunal sepatutnya berdasarkan keselamatan dan kepemilikan tanah adat (NCR) dan dalam lingkungan kawasan wilayah adat setiap kampung.
2. Ia sepatutnya menjadi (Sebagai contoh) Geran Komunal Anak Negeri Kg. Lalampas, Tongod. Ini bermaksud, sesiapa sahaja penduduk atau anak negeri di kampung tersebut berhak memiliki kawasan tertentu mengikut adat dalam kawasan tanah Geran Komunal tersebut.
3. Tidak perlu wujud “Peserta” (Senarai peserta yang hanya dianggap sebagai “Beneficiary” sahaja).
4. Pemberimilikan Geran Komunal harus meliputi keperluan komuniti di kawasan tersebut secara holistik dan penggunaan tanah yang bersepadu.
5. Kawasan Geran Komunal tersebut tidak harus semata-mata untuk dibangunkan dengan tanaman monocrop (Sawit atau getah sahaja) dan tanpa mengambilkira keperluan lain seperti kepelbagaian tanaman, kawasan tadahan air individu/kawasan hutan simpan komuniti, kawasan pertanian jangka pendek dan sebagainya.
*OBJEKTIF PENGELUARAN GERAN KOMUNAL OLEH KERAJAAN/JABATAN TANAH DAN UKUR SABAH*, ialah;
i) Menyelesaikan isu tuntutan tanah Hak Adat Anak Negeri Sabah (NCR) tanpa melalui Siasatan Tanah;
ii) Menyelesaikan isu pertindihan permohonan tanah dan pemberimilikan tanah yang seimbang dan adil;
iii) Mempertahankan kepentingan Anak Negeri Sabah ke atas tanah Kerajaan di sekitar kawasan perkampungan Anak Negeri;
iv) Menghalang Anak Negeri Sabah daripada menjual hakmilik tanah dan kelulusan permohonan tanah;
v) Mempercepatkan proses pengeluaran hakmilik tanah jenis NT/FR kepada Anak Negeri Sabah secara berkelompok (communal);
vi) Membasmi kemiskinan melalui pemberimilikan tanah yang terancang dan pembangunan tanah yang optima;
vii) dan Menyediakan tanah Kerajaan berskala besar untuk membolehkan Kerajaan membangunkan tanah secara usahasama di antara Anak Negeri Sabah dengan Agensi Kerajaan atau Swasta.
*PIHAK KERAJAAN/JABATAN TANAH DAN UKUR SABAH, JUGA TELAH MENGGARISKAN BEBERAPA DASAR PENGELUARAN KOMUNAL*, antara lainnya ialah;
i) YAB Ketua Menteri boleh memberi persetujuan ke atas mana-mana tanah Kerajaan yang boleh dirancang dan dicadangkan untuk pengeluaran Geran Komunal di bawah pindaan seksyen 76 Ordinan Tanah Sabah;
ii) Pemungut Hasil Tanah (PPHT) adalah Pemegang Amanah kepada Geran Komunal;
iii) Geran Komunal adalah merupakan syarat khas kepada geran NT/FR.
iv) Hanya Anak Negeri Sabah yang ditakrifkan di bawah Ordinan Interpretasi Anak Negeri Bab. 64 yang boleh menjadi benefesiari kepada Geran Komunal;
v) Anak Negeri Sabah hanya ditakrif sebagai peserta atau benefesiari sahaja;
vi) Penambahan, penyingkiran dan penggantian benefesiari boleh dilakukan;
vii) Geran Komunal boleh dibangunkan secara usaha sama dengan Agensi Kerajaan atau Swasta tertakluk kepada kelulusan Pengarah Tanah dan Ukur dan persetujuan YAB Ketua Menteri; dan
*GERAN KOMUNAL TIDAK BOLEH DIPINDAH MILIK ATAU DICAGAR*
*SEKSYEN 15 ORDINAN TANAH SABAH BAB 68*, terdapat tujuh (7) kriteria Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) iaitu;
1. Perolehan tanah menurut pegangan adat / kaum
2. Tanah yang ditanami dengan pokok buah-buahan, di mana jumlah pokok adalah di antara 50 atau lebih pada setiap hektar;
3. Pengasingan pokok buah-buahan, sagu, rotan atau lain-lain tanaman yang mempunyai nilai komersial yang mana dapat dibuktikan oleh penuntut kepada Pemungut (PPHT) tanpa kervaguan;
4. Tanah perladangan / ternakan;
5. Tanah yang telah dimajukan atau diusahakan dalam masa tiga tahun berturutturut;
6. Tanah perkuburan atau tempat keramat;
7. Jalan masuk biasa bagi orang dan binatang.
*SEKSYEN 76, ORDINAN TANAH SABAH BAB 68* ,
Pengeluaran Geran Komunal adalah bertujuan untuk mengatasi isu-isu tanah yang melibatkan Hak Anak Negeri Sabah dan mengoptimakan pembangunan tanah milik Anak Negeri Sabah. Pihak Jabatan Tanah dan Ukur Sabah telah mewujudkan kaedah pemberimilikan tanah yang baru iaitu melalui Pemberimilikan Tanah Terancang Fast Track untuk pengeluaran Geran Komunal.
Sumber
Geran komonual harus di selidiki sepanuhnya oleh kerjaan yang baru sekarang ini.ramai mesyarakat yang merungut di sebabkan perjanjian syarikat pengusaha tidak mengikuti perjanjian sebenar kepada pemilik tanah.tempoh untuk pembayaran dividin kepada mesyarakat yang terlibat di ingkarkan oleh syrikat pengusaha.mesyarakat setampat yang terkibat memberi harapan sepenuh nya kepada pengusaha.malang nya syarikat gagal mengikuti perjanjian di berinya.harap ketua menteri sabah datuk hajiji ketua mentri sabah.mencapuri hal ini selanjutnya
LikeLiked by 1 person