Betulkah SESB dan Konsesi Air Diambil Sepenuhnya Oleh Kerajaan Negeri Sabah?

Kerajaan Sabah berhasrat mengambil alih pelaksanaan konsesi air dan elektrik bagi menarik pelabur asing ke negeri ini.

Ketua Menteri Shafie Apdal berkata langkah ini adalah bertepatan dengan usaha kerajaan dalam meningkatkan ekonomi Negeri Sabah.

Betulkah begitu akan diambil sepenuhnya oleh jabatan kerajaan negeri?

Bukan begini kah? Mulanya kerajaan negeri mengambil alih SESB dan konsesi air yang diswastakan sebelum ini. Selang beberapa tempoh atas alasan yang telah dirancang, jabatan akan menyerahkannya kepada syarikat baharu dengan terma yang memihak kerajaan, supaya andai satu hari jual beli SESB dipersoalkan terma itu akan dijadikan alasan.

Walaupun terma itu tampak memihak kerajaan tapi pada hakikatnya telah menguntungkan secara peribadi pemimpin dan kroni parti Warisan.

Sebab itulah awal-awal lagi Ketua Menteri beralasan bahawa dia sedar dan tahu SESB berhadapan dengan masalah.

Memang begitu taktik Presiden Warisan sementara masih baru dan masih mendapat “kepercayaan” masyarakat Sabah. Berani membuat keputusan yang berpotensi RUGI, kerana kegagalan projek seperti ini akan mudah dijelaskan dan dapat diterima oleh rakyat, tanpa kompromi. 😊

Just mark my words!

One thought on “Betulkah SESB dan Konsesi Air Diambil Sepenuhnya Oleh Kerajaan Negeri Sabah?

Add yours

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading