
2 tahun Warisan memerintah negeri Sabah tapi tidak pernah sekalipun masyarakat Sabah mendengar permakluman bahawa kerajaan negeri telah menerima bayaran royalti minyak sebanyak sekian-sekian.
Dalam diam kerajaan Sabah dibawah Parti Warisan telah pun menerima royalti 5%, pada tahun 2018 sebanyak RM1.7 bilion dan 2019 sebanyak RM1.5 billion jumlah keseluruhannya RM3.2 billion.
Itupun hanya selepas data yang berkaitan bayaran royalti minyak didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mustapha Mohamed ketika bersidang di Dewan Rakyat.
Kemana sudah RM3.2 billion berkenaan dibelanjakan oleh kerajaan negeri Warisan. Kenapa sehingga “tamat” tempoh pemerintahan tiada satu pun pembangunan yang kelihatan yang boleh dijadikan mercu tanda kerajaan negeri Warisan.
Paling tidak sekurang-kurangnya nampak jugalah projek gajah putih yang menggunakan wang dari royalti berkenaan tapi ini pun tidak ada.
RM3.2 bilion boleh menyediakan peluang pekerjaan yang begitu banyak kepada anak-anak tempatan Sabah.
RM3.2 bilion boleh menyelesaikan banyak isu dan memajukan setiap daerah di negeri Sabah.
RM3.2 billion boleh menyelesaikan banyak jambatan kayu dan jalan pertanian yang rosak di kampung-kampung.
Sedangkan RM5 bilion yang didakwa oleh Najib telah “dibelanjakan” oleh Shafie sepanjang dia berjawatan Menteri KKLW pun sudah mampu mengangkat namanya. Paling tidak nampak juga rumah PPRT roboh disana sini selain dijadikan kandang kambing. He!
Kemana perginya 3.2 bilion dibelanjakan oleh Ketua Menteri Shafie sebelum meletakkan jawatan?
- Anthony Loke Letak Jawatan, Yusof Apdal Bila Lagi?Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke hari ini mengumumkan meletakkan jawatan Menteri. Rentetan keputusan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang membenarkan Najib Razak menjalani baki hukuman penjara 1 tahun 11 bulan di rumah… Continue Reading →
- Najib Razak Jalani Baki Hukuman Penjara Di RumahSebelum ini aku ada menulis pasal kemungkinan Najib Razak akan keluarkan dari penjara Kajang dan menjalani baki hukuman penjara 1 tahun 11 bulan di rumahnya. Kemungkinan rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala… Continue Reading →
- Bekalan Gas Sabah Dijangka Meningkat Hampir Dua Kali Ganda Menjelang 2030KOTA KINABALU: Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda daripada 700 juta kaki padu standard sehari (MMscfd) kepada 1,350 MMscfd menjelang 2030, didorong oleh tujuh projek pembangunan luar pesisir melibatkan… Continue Reading →
- Ketulahan Batu Sumpah Juga Si Shafie danย Si JeffreyArtikel dibawah agak menarik dan mendalam, jangan sampai ada yang katulahan Iyalah mentanglah bulan kemerdekaan di situlah Jeffrey dan Shafie berlakon seolah olah hanya mereka yang pedulikan perjanjian Malaysia 1963. Pai ulung… Continue Reading →
- STAR Dan Warisan Saling Jilat Telan Cacian Masing Masing – Kepimpinan Yang Tidak Boleh Dipercayai (Hipokrat)
Bukan lagi rahsia yang ura ura STAR dan Warisan akan bekerjasama ternyata pelan pelan akan terjadi. Bila mana kelibat Jeffrey Kitingan dan Shafie Apdal kelihatan di majlis yang dipanggil Public Forum on MA63, Batu Sumpah, Constitutional Rights & Sabahโs Future yang berlangsung di Kg. Samalang, Keningau. Menurut Shafie dia hadir setelah dijemput oleh Jeffrey Kitingan…. Continue Reading →






















Reblogged this on JalinLuin.com and commented:
Oleh itu kalau ada penyokong dan jentera Warisan berlagak mempersoal kerajaan GRS berhubung jalan raya yang rosak dan bekalan air di Sabah.
Nah tanya mereka balik, bagaimana kerajaan Warisan memanfaatkan royalti 5%. Kenapa jalan raya semakin teruk begitu juga dengan bekalan air bersih. Hari ini kerajaan GRS terpaksa menanggung kegagalan mereka tapi peliknya kenapa pemimpin dan penyokong malah menyalahkan kerajaan GRS atau Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.
Jangan jangan telah dipesongkan untuk kepentingan pemimpin dan kroni Warisan.
Mari undi Warisan,supaya hak hak istimewa peribumi asli sabah turut dirasai oleh bangsa bangsa asing atau para PTI dari LUAR SABAH.
Kerajaaan Warisan adalah satu satunya kerajaan yang mempertahankan rakyatnya terutamanya BANGSA ASING ATAUPUN PTI DARI LUAR SABAH.
*JANGAN GUNA NAMA RAKYAT SABAH UNTUK MEMPERTAHANKAN PTI DARI LUAR SABAH.JIJIKKK