
Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah mencabar Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri, Datuk Dr.Yusof Yacob menunjukkan bukti dakwaan dia ditawar RM50 juta untuk menyertai pakatan pembangkang.
Ketuanya, Mohd.Isquzawan Datuk Seri Arsit berkata, Dr.Yusof perlu menunjukkan bukti terhadap dakwaan itu kerana wang yang ditawarkan bukan sedikit jumlahnya.
Beliau berkata, jika benar dakwaan Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah (Warisan) itu, maka dia wajar membuat laporan polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Armada Bersatu Sabah mencabar Dr.Yusof segera membuat laporan polis, tunjukkan bukti dan nyatakan nama pihak yang dia tuduh menawarkannya RM50 juta untuk berpindah kem.
“Sekiranya Dr.Yusof tidak berani menunjukkan bukti dan membuat laporan polis, maka dakwaan beliau telah terima tawaran hingga RM50 juta merupakan satu pembohongan dan khabar palsu semata-mata”, katanya dalam kenyataan, hari ini.
Isquzawan berkata demikian bagi mengulas kenyataan Dr.Yusof pada Jumaat yang mendakwa dirinya telah ditawarkan wang tunai RM50 juta untuk menyertai pakatan pembangkang yang berniat membentuk kerajaan negeri baharu.
Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sindumin itu mendakwa, beliau dihubungi beberapa kali sejak awal bulan ini oleh individu yang menjadi wakil kepada bekas pemimpin kanan kerajaan negeri musim lalu.
“Selain wang tunai mereka juga turut menawarkan jawatan menteri penuh jika kerajaan baharu itu menjadi kenyataan. Kali terakhir saya dihubungi, tiga hari lalu dan mereka bercadang menemui saya, tetapi saya tidak melayani, sebaliknya saya menolak tawaran itu,” katanya.
Katanya, kumpulan bekas pemimpin yang kehilangan kuasa itu menggunakan agen atau ‘broker’ untuk membeli wakil-wakil rakyat supaya berpindah menyokong Perikatan Nasional (PN).
Isquzawan mendakwa, Dr.Yusof berbohong dan sengaja mereka cerita mengenai tawaran RM50 juta, bagi memberi gambaran negatif terhadap pemimpin parti pembangkang di negeri ini.
Beliau juga mempersoalkan tindakan Dr.Yusof membuat pengakuan menerima tawaran itu menerusi kenyataan media, sebaliknya tidak membuat laporan polis?
Isquzawan juga mencabar Dr.Yusof agar meletak jawatan sebagai Menteri dan ADUN Sindumin sekiranya beliau bercakap bohong dan gagal membuktikan dakwaan telah menerima tawaran RM50 juta.
“Yang jelas pengakuan yang telah dibuat oleh beberapa orang ADUN parti Kerajaan sejak akhir-akhir ini lebih kepada tuduhan palsu dan tidak masuk akal”, tegasnya.
Katanya, membuat tuduhan tanpa bukti dengan mengaitkan bekas pemimpin kanan Sabah dan Perikatan Nasional (PN) merupakan taktik kotor dan perbuatan yang bertujuan mencemarkan nama baik Kerajaan PN.
- Tun Musa Dan Hajiji Hadir Majlis Kesyukuran Sempena Hari Kebangsaan Hari SabahKOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor ketika menghadiri Majlis Tahlil, Doa Kesyukuran dan Solat Hajat sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah Peringkat… Continue Reading →
- Adun Pantai Dalit Cari Dan Saman Individu Dedah Dokumen Jual Beli Rumah
Cerita Adun Dalit, Datuk Jasni Daya beli rumah berharga menjadi isu pada pembangkang. Cerita manipulasi yang cuba disebarkan oleh laskar pembangkang melalui Page Mawar Chanel. Dia tunjukkan dua dokumentasi jual beli bagi mengukuhkan tuduhannya. Dokumentasi jual beli rumah. Apa masalahnya? Memang pun, siapa pun yang membeli rumah pasti ada dokumentasi sebagai bukti jual beli dan… Continue Reading →
- KM Hajiji – Pembangunan Sabah Perlu Seiring Pembangunan InsanKOTA KINABALU: Kemajuan sebenar Sabah tidak boleh hanya diukur melalui pembangunan fizikal, pertumbuhan ekonomi atau kecanggihan teknologi, sebaliknya perlu turut disertai pembangunan insan yang memiliki ilmu, integriti, akhlak dan rasa tanggungjawab kepada masyarakat. Ketua Menteri, Datuk… Continue Reading →





















