Lim Guan Eng Yang Cadang Nama Shafie Sebagai Calon PM – Tun M

Tun Mahathir mendedahan bahawa yang mencadangkan nama Presiden Warisan, Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri versi Pakatan Harapan ialah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bukan beliau.

Semasa Lim Guan Eng mengemukakan cadangannya itu Tun bertanya bagi mendapatkan kepastian, adakah benar mereka ingin menamakan Shafie sebagai calon Perdana Menteri Malaysia.

Rentetan itu Tun Mahathir pun membuat sidang media dan mengumunkan nama Shafie sebagai calon Perdana Menteri.

Namun cadangan itu bertukar selepas Lim Guan Eng bertemu bincang dengan Anwar Ibrahim. Iaitu tidak lagi menyokong Shafie sebagai calon Perdana Menteri Malaysia.

Itu yang admin cakap semalam kenapa sejak kebelakangan ini pemimpin-pemimpin Warisan suka kalau diri mereka dipersenda. Malah ada yang tidak sedar kalau mereka sedang dipersenda. Mereka lupa pada kejian yang mereka lontarkan sebelum itu. Justeru itulah mereka tidak boleh berangan angan hingga ke tahap itu.

Lihat sahaja sidang atau kenyataan media yang dibuat oleh pemimpin pemimpin Warisan seperti Darell Leiking, Junz Wong dan Munirah. Sejurus Tun Mahathir menamakan Shafie sebagai calon mereka. Seolah-olah esoknya akan menuju ke Istana Negara untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Benar benar khayal dan tidak sedar diri.

Mudah lupa diri, siapa sebenarnya mereka dan apa yang mereka “perjuangkan” sebelum itu. Mana perginya Sabah for Sabahan dan Sabah Ubah hingga mencetuskan kenyataan-kenyataan yang menyebabkan perpecahan di kalangan masyarakat Sabah khasnya umumnya Malaysia.

Itu semua mereka tongsampahkan. Mangkuk betul. Ini menunjukkan puak-puak Warisan ini spesies cakap tidak serupa bikin, cakap dulu baru difikir.

Mereka semakin mangkuk kerana terlalu dikelilingi oleh jentera jentera yang tidak lagi boleh membezakan mana kebenaran dan mana yang mendatangkan kebaikan kepada umum. Yang penting tengkuk mereka yang lepas. Sebab itu jugalah siasatan SPRM terhadap pemimpin atau wakil rakyat Warisan, mereka anggap tidak ada atau fitnah semata-mata. Para mangkuk ni.

Sewaktu Shafie dinamakan sebagai calon. Ramai dikalangan masyarakat termasuk admin yang tersenyum sinis dan berpendapat. Tidak mungkin pemimpin lain yang ada di dalam PKR, DAP dan Amanah berani menyokong cadangan tersebut. Sebab mereka tahu ia hanya akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan atau undi. Ternyata benar selepas pengumuman Tun tidak ada seorang dari kalangan pemimpin atasan PH yang menyokong Shafie sebagai calon Perdana Menteri Malaysia.

Terima hakikat, bagaimana pemimpin dan jentera Warisan melecehkan pemimpin dan parti dari Semenanjung. Begitu jugalah persepsi pemimpin dan jentera parti dari Semenanjung terhadap keseluruhannya parti Warisan. Hanya pihak Warisan yang tidak sedar diri terutamanya tiga pemimpin Warisan yang admin sebutkan di atas. Bikin malu kumpulan betul.

Padan pun ramai pada waktu itu yang berpendapat yang mencadangkan nama Shafie pada Tun ialah Darell dan Junz Wong sebab dua orang ini yang nampak beriya-iya sangat. Ternyata ada kebenarannya, siapa tahu mereka berdua dan Lim Guan Eng yang membincangkan perkara itu. He!

Warisan ingat Tun yang cadangkan itu yang mereka merasa hebat hingga lupa diri tu. Hahaha. Terus mau ambil Tun sebagai ahli Warisan. Hahaha

DAP ni parti yang licik dan banyak dikaitkan dengan pemimpin luar negara. Ada sebab kenapa mereka menyokong kepimpinan yang lemah bagi mentadbir negeri Sabah. Hasrat yang sama dengan kehendak negara jiran Filipina, sentiasa menanti penuh sabar saat Sabah tidak stabil bagi memudahkan mereka mengemukakan tuntutan dan mencetuskan konfrontasi.

Visi kawan bunuh kawan atau anak buah bunuh ketua

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.