Romzi Tuntut Labuan Dipulangkan Sebab Paip Air Bocor

Sejak Parti Warisan berstatus pembangkang di peringkat Persekutuan ni. Macam lain macam sudah mereka punya politik, semakin kuat mengada ngada yang bukan isu diproses menjadi isu yang sangat besar.

Ironinya isu yang mereka bangkitkan sepatutnya telah selesai semasa mereka menjadi kerajaan iaitu dalam tempoh 22 bulan yang lalu. Tapi tidak hanya sibuk mengumpul kekayaan sebab itulah ada di antara wakil rakyat mereka hingga disiasat oleh SPRM dan LHDN.

Seperti contoh Ahli Parlimen Warisan Labuan ini. Tiba-tiba mengencang menuntut agar Labuan dipulangkan balik kepada Sabah hanya kerana paip air yang bocor. Apa punya standards.

Agak melucukan sebab pihak yang dia harapkan iaitu kerajaan negeri Sabah. Masih ada dikalangan masyarakatnya yang meroyan kerana menghadapi gangguan bekalan air tetapi ditertawakan oleh jentera Warisan sebab dianggap telah mengada-ngada walaupun itulah hakikatnya, ambil air wuduk pun susah. Hahaha!

Sebelum Ahli Parlimen Labuan itu bersuara hingga menuntut hal yang bukan-bukan lebih baik dia tahu apa sebenarnya yang berlaku di Sabah berkaitan isu air.

Logiklah kalau pulau seperti Labuan itu sekali-sekala berhadapan dengan bekalan air bersih. Apa lagi gangguan disebabkan oleh masalah teknikal iaitu paip air yang bocor yang boleh diselesaikan tinggal lagi Ahli Parlimen Labuan itu sendiri yang tampak lembab tidak kreatif dan tidak bersungguh sungguh mencari jalan penyelesaian.

Sengalnya si Romzi ni dua tahun lebih berada dalam kerajaan tapi kenapa isu air yang dihadapi oleh masyarakat Labuan tidak disuarakan secara terbuka. Apa yang dibuat selama itu, jadi budak baik?

Untuk makluman Tuan Romzi. Di Sabah pun apa kurangnya. Bekalan air bersih juga menjadi masalah harian masyarakat Sabah dan ia semakin teruk sejak Sabah diperintah oleh kerajaan Warisan.

Di sana sini kedengaran rungutan masyarakat kerana bekalan air yang tidak sampai ke tempat mereka, walaupun pada ketika PKP dikuatkuasakan.

Sampai ada tu Pejabat Bekalan Air di serbu oleh orang ramai bagi menuntut penjelasan memandangkan aduan telah dibuat berkali kali tapi tidak ada tindakan. Hahaha!

Untuk juga makluman Tuan Romzi jawatan Pengarah Air Sabah yang bertanggungjawab keatas bekalan air di negeri Sabah pun menjadi isu nasional. Membuktikan betapa teruknya birokrasi air sejak Sabah diperintah oleh parti Warisan. He!

Jadi bayangkan kalau individu yang bertanggungjawab pun diragui kemampuannya apa lagi kualiti kerjanya.

Di daerah yang diwakili Menteri Sabah pun masih ada masalah bekalan air. Masih ada catuan air dan akhir-akhir ini tekanan air pula yang bermasalah. Dengar dengar begitulah.

Cubalah jenguk page Jabatan Air Sabah hampir setiap hari ada saja notice yang memaklumkan akan ada gangguan air di tempat tempat tertentu. Tapi kualiti bekalan air tetap juga begitu.

Nampak tak wahai Ahli Parlimen Labuan kalau kerana paip air yang bocor kamu royankan hingga mendesak agar Labuan dipulangkan balik kepada Sabah sedangkan di Sabah sendiri berhadapan dengan masalah bekalan air maka itu adalah sesuatu yang melucukan.

Kalau begitu ceritanya haruskah Sabah ini juga diserahkan pada negara jiran. Haha!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.