Rupanya Muafakat Nasional Tidak Berapa Menguntungkan PN Sarawak dan Sabah

Betul jugalah Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menjadi penentu siapa yang akan menjadi Perdana Menteri di masa yang akan datang. Ini kerana GPS mempunyai 18 Ahli Parlimen yang utuh.

Begitu pendapat Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri James Masing.

Justeru yang membimbangkan GPS ialah kerjasama dalam Perikatan Nasional yang turut disertai parti PAS dan sebenarnya UMNO tinggal lagi tidak dinyatakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkenaan. He!

Ini kerana parti PAS ditolak oleh majoriti masyarakat Sarawak kerana bimbang PAS akan menjejaskan keharmonian mereka. Maksudnya kerjasama GPS dengan PAS dalam Perikatan Nasional akan kelak menjejaskan undi GPS andai keberadaan PAS dalam Perikatan Nasional dari konteks Sarawak tidak ditangani dengan sebaiknya. Kalau kena caranya maka okeylah.

Sebenarnya bukan hanya PAS. UMNO juga ditolak oleh pengundi di negeri Sarawak sebab itulah sehingga hari ini UMNO tidak dibenarkan bertapak di negeri itu. Justeru wujudnya kerjasama politik yang jelas dengan UMNO dijangka akan mempengaruhi populariti GPS di kalangan masyarakat Sarawak.

Di Sabah juga begitu sukar bagi PAS untuk menempatkan diri mereka. Walaupun sudah lama bertapak dan sudah beberapa kali ikut bertanding di pilihanraya tapi belum berjaya memenangi walau satu kerusi.

Penerimaan masyarakat Sabah terhadap UMNO selepas pilihan raya yang lepas nampaknya agak berkurangan ia disebabkan oleh beberapa faktor yang menyangkut kredibiliti kepimpinan UMNO Semenanjung dan Sabah. PAS sebagai liabiliti dalam Muafakat Nasional dari konteks Sabah adalah faktor yang juga menyumbang kepada penolakan masyarakat Sabah terhadap UMNO.

Dari itu kita boleh membuat kesimpulan mudah rupa-rupanya Muafakat Nasional tidaklah berapa menguntungkan Perikatan Nasional Sabah dan Sarawak kerana ada halangan tersendiri yang mesti ditangani. Salah langkah akan menyebabkan kerajaan Sarawak berpindah tangan dan itu sudah tentu akan menyebabkan Perikatan Nasional lemah hingga tidak lagi mampu menentukan jawatan Perdana Menteri dari kalangan Perikatan Nasional itu sendiri.

Justeru kenapa belum apa-apa lagi sudah ada di kalangan pemimpin dan penyokong UMNO yang berlagak abang besar. Semacam tidak pandai menjaga hati kawan, Bersatu dan parti tempatan Sabah Sarawak yang lain.

Kenyataan yang kita dengar daripada UMNO.

UMNO akan meninggalkan Perikatan Nasional bila tiba pilihanraya. UMNO enggan berbahagi kerusi tapi dalam masa yang sama tetap bekerjasama. Banyak lagi kenyataan yang retorik pelik seolah-olah UMNO tidak ada sifat setia kawan dan mudah mengambil keputusan menikam kawan dari belakang.

Persoalan lain yang sepatutnya menjadi tanda tanya. Mampukah BN dan PAS di Semenanjung mengambil separuh daripada kerusi yang dimenangi oleh PKR dan DAP pada pilihan raya lepas. Kita cakap separuh bukan semua kerusi, mampukah? Kalau tidak mampu dan waktu itu kerusi PN berkurangan di Sabah dan Sarawak lalu siapa yang menjadi pembangkang selepas itu? He!


Maksudnya daripada UMNO membuat kenyataan provokasi hingga menjejaskan keyakinan rakyat terhadap perikatan nasional maka lebih diam saja.

Terutama di Sabah tu berikan kepercayaan yang sepenuhnya kepada Datuk Hajiji Noor selaku Pengerusi Bersatu Sabah.

3 thoughts on “Rupanya Muafakat Nasional Tidak Berapa Menguntungkan PN Sarawak dan Sabah

Add yours

  1. Apa punya Artikel Bodoh ni…??

    Las-las… Angkat pantat BERSATU pulak…??

    Hei.. Awak pasti ke.. BERSATU BOLEH MENANG PRU 15??

    menyesal sya bace….

    Kalau rasa2 PARTI KAU tu BOLEH MENANG BESARR…

    tak payah susah2 nak Begabung… Bahalol…

    Bongok2 yang tulis….
    Ape la…..
    Buang Mase jer….

    Ada Otak tak nak guna Fikir…

    Nak mengata Parti orang lain jer..

    Sedang Parti sendiri pun..

    Tak tentu Arah Lagi…??

    Mau mengata orang….

    Jangan Sombong engkau sana…Hei..

    Menyesal nanti.. Menangis pun.. Tak gune….

    Fikir la woiiiii…….???

    Like

  2. Tak kisah pun Pas kena reject tp adakah pas pernah tekan atau tipu rakyat sarawak bbanding pemimpin sarawak sendiri seperti taib mahmud. Atau kamu lagi percaya cina dap drp pas? Kalau cina foochow dap pegang sarawak, tunggulah nasib anak sarawak

    Like

    1. Wah!….propaganda orang ‘baik’ lawan ‘penjahat’. Pas ‘baik’, DAP ‘jahat’. Sama dgn epik dalam MAHABRATA. Baik lawan jahat. Putih lawan Hitam. Orang beriman lawan
      Syitan!!!!. Mudah mempengaruh otak lembam. Hahaha….

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: