Ahli Warisan, UMNO dan Amanah Tuaran Keluar Menyokong Bersatu Sabah

Alamak ada lagi ahli yang berpaling tadah untuk menyokong PPBM Sabah.

Kali ini bukan hanya daripada Parti Warisan tapi juga dari UMNO dan Parti Amanah oh.

Peristiwa bersejarah ini diraikan di Pejabat Bersatu Sabah dan diberikan penghormatan yang tertinggi oleh Ketua Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor.

Sebelum ini di daerah Sandakan telah mengalami dua kali tragedi yang sama iaitu berduyun-duyun ahli Warisan dan ketua mereka keluar dan menyokong kepimpinan Tan Sri Musa Aman.

Klik link pertama dibawah.

Di Tuaran juga begitu dua tragedi malah melibatkan dua parti. Hebat, Bersatu Sabah semakin hebat.

Pastinya yang menyebabkan ketidaksetian ahli yang ada dipertengahan dan akar umbi pada parti asal adalah kerana faktor kepimpinan yang tidak lagi mendapat kepercayaan dan sebab tertentu yang menyangkut agenda parti yang tidak lagi memenuhi aspirasi masyarakat Sabah sepertimana Parti Warisan sejak kebelakangan ini.

Ketua Cawangan Tuaran Keluar Parti

Sekejap lagi kita akan dengar penafian dari jentera Warisan khususnya setiausaha Warisan Bahagian Tuaran.

Adakah nama nama mereka yang disebutkan di bawah tiada dalam pengkalan data mereka termasuk nama Cawangan. Seperti sebelum ini, Hahaha. Kita tunggu dan lihat.

Dakwa Cawangan Seri Bandung Tidak Wujud Adalah Dusta


Majlis penyerahan borang keahlian dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( BERSATU ) oleh mantan ketua cawangan Parti Warisan, Amanah dan UMNO di Pejabat Bersatu Bahagian Tuaran yang turut disaksikan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sabah merangkap Ketua Bahagian BERSATU Tuaran dan Ahli Yang Berhoramat Dewan Undangan Negeri Kawasan DUN N. 10 Sulaman.

Turut hadir En Abdul Kassim Hj Razali Timbalan Ketua Pimpinan BERSATU Bahagian Tuaran, merangkap Setiausaha Eksukitf Badan Perhubungan BERSATU Negeri Sabah, Puan Jamaliah Antalip Ketua Pimpinan SriKandi BERSATU Bahagian, En. Mohammad Ghazali DSP Haji Hajiji Ketua Pimpinan Armada BERSATU Bahagian, merangkap Bendahari Pimpinan Armada Bersatu Negeri Sabah, En Afizal bin Aldin Setiausaha Pimpinan Bersatu Bahagian

Dalam majlis itu, beberapa org ketua cawangan yang terdiri lebih daripada 200 keahlian dari Parti Amanah, Warisan Dan UMNO telah menyatakan hasrat keluar dari parti dan menyerahkan borang keahlian BERSATU kepada YB Datuk Seri Panglima Hajiji Hj Noor selaku Ketua BERSATU Bahagian Tuaran. Berikut adalah antara ketua cawangan yang telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia :

1. En Ramli bin Asrih
Mantan Ketua Penyelaras Amanah Bahagian Tuaran dan Pimpinan Amanah Negeri Sabah.

2. En Adneh bin Setuh
mantan Ketua Cawangan Warisan
Kg. Sri Berundung Bolong Baru,
Tuaran

3. En. Saudara Matdin bin Jalali
mantan Ketua UMNO Cawangan
Kg. Sabah Baru,
Tuaran

4. En Alipudin bin Jikah
mantan Pemimpin Warisan Kg. Indai
Tuaran

5. En Jamdin Jikah
mantan ketua cawangan Kg Indai, Tuaran.

Rupanya Muafakat Nasional Tidak Berapa Menguntungkan PN Sarawak dan Sabah

Betul jugalah Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menjadi penentu siapa yang akan menjadi Perdana Menteri di masa yang akan datang. Ini kerana GPS mempunyai 18 Ahli Parlimen yang utuh.

Begitu pendapat Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri James Masing.

Justeru yang membimbangkan GPS ialah kerjasama dalam Perikatan Nasional yang turut disertai parti PAS dan sebenarnya UMNO tinggal lagi tidak dinyatakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkenaan. He!

Ini kerana parti PAS ditolak oleh majoriti masyarakat Sarawak kerana bimbang PAS akan menjejaskan keharmonian mereka. Maksudnya kerjasama GPS dengan PAS dalam Perikatan Nasional akan kelak menjejaskan undi GPS andai keberadaan PAS dalam Perikatan Nasional dari konteks Sarawak tidak ditangani dengan sebaiknya. Kalau kena caranya maka okeylah.

Sebenarnya bukan hanya PAS. UMNO juga ditolak oleh pengundi di negeri Sarawak sebab itulah sehingga hari ini UMNO tidak dibenarkan bertapak di negeri itu. Justeru wujudnya kerjasama politik yang jelas dengan UMNO dijangka akan mempengaruhi populariti GPS di kalangan masyarakat Sarawak.

Di Sabah juga begitu sukar bagi PAS untuk menempatkan diri mereka. Walaupun sudah lama bertapak dan sudah beberapa kali ikut bertanding di pilihanraya tapi belum berjaya memenangi walau satu kerusi.

Penerimaan masyarakat Sabah terhadap UMNO selepas pilihan raya yang lepas nampaknya agak berkurangan ia disebabkan oleh beberapa faktor yang menyangkut kredibiliti kepimpinan UMNO Semenanjung dan Sabah. PAS sebagai liabiliti dalam Muafakat Nasional dari konteks Sabah adalah faktor yang juga menyumbang kepada penolakan masyarakat Sabah terhadap UMNO.

Dari itu kita boleh membuat kesimpulan mudah rupa-rupanya Muafakat Nasional tidaklah berapa menguntungkan Perikatan Nasional Sabah dan Sarawak kerana ada halangan tersendiri yang mesti ditangani. Salah langkah akan menyebabkan kerajaan Sarawak berpindah tangan dan itu sudah tentu akan menyebabkan Perikatan Nasional lemah hingga tidak lagi mampu menentukan jawatan Perdana Menteri dari kalangan Perikatan Nasional itu sendiri.

Justeru kenapa belum apa-apa lagi sudah ada di kalangan pemimpin dan penyokong UMNO yang berlagak abang besar. Semacam tidak pandai menjaga hati kawan, Bersatu dan parti tempatan Sabah Sarawak yang lain.

Kenyataan yang kita dengar daripada UMNO.

UMNO akan meninggalkan Perikatan Nasional bila tiba pilihanraya. UMNO enggan berbahagi kerusi tapi dalam masa yang sama tetap bekerjasama. Banyak lagi kenyataan yang retorik pelik seolah-olah UMNO tidak ada sifat setia kawan dan mudah mengambil keputusan menikam kawan dari belakang.

Persoalan lain yang sepatutnya menjadi tanda tanya. Mampukah BN dan PAS di Semenanjung mengambil separuh daripada kerusi yang dimenangi oleh PKR dan DAP pada pilihan raya lepas. Kita cakap separuh bukan semua kerusi, mampukah? Kalau tidak mampu dan waktu itu kerusi PN berkurangan di Sabah dan Sarawak lalu siapa yang menjadi pembangkang selepas itu? He!


Maksudnya daripada UMNO membuat kenyataan provokasi hingga menjejaskan keyakinan rakyat terhadap perikatan nasional maka lebih diam saja.

Terutama di Sabah tu berikan kepercayaan yang sepenuhnya kepada Datuk Hajiji Noor selaku Pengerusi Bersatu Sabah.