Manalah pemimpin UMNO berani melepaskan jawatan sedangkan partinya dalam kerajaan. Apa lagi Jawatan sebagai penasihat khas undang-undang dan hak asasi manusia kepada Perdana Menteri, tidak mungkin dilepaskan. Sebelum ini beberapa portal berita mengkhabarkan Azalina telah melepaskan jawatan. Berita perletakkan jawatan Azalina Othman tersebar susulan kritikannya terhadap Perdana Menteri yang tidak berani menukar Peguam Negara walaupun... Continue Reading →
Muslihat Jahat DAP Di sebalik Tolak Kerjasama Dengan Bersatu/PN
Lucu juga kenyataan "pengerusi" Pakatan Harapan Lim Guan Eng yang bertegas kononnya Pakatan Harapan tidak akan bekerjasama dengan parti Bersatu dan ia sudah menjadi pendirian sejak setahun yang lalu. Menurutnya lagi adalah mustahil Pakatan Harapan bekerjasama dengan Bersatu dan Perikatan Nasional, walaupun belum dimuktamadkan. Samalah dengan UMNO awal awal lagi mendabik dada akan bertanding solo.... Continue Reading →
Zahid Disiasat Berhubung Ucapan Hina Konstitusi Kehakiman, SPRM dan Agong
Polis mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung ucapan taklimat khas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Sabtu lalu. Dalam sebuah kenyataan, Ketua Komunikasi Korporat PDRM Asmawati Ahmad berkata siasatan terhadap Zahid dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman. โSetakat ini sebanyak 12 laporan polis yang diterima dan siasatan masih dijalankan,โ katanya. Menurutnya,... Continue Reading →
UMNO Banyak Masalah Tidak Mampu Dapat Majoriti Mudah PRU15
Admin rasa pendapat Ku Li ini berdasarkan senario sebelum pemenjaraan Najib Razak, akibat skandal SRC. Maksudnya sebelum Najib benar benar didapati bersalah iaitu di penjara pun ramai yang percaya UMNO sukar mendominasi pilihan raya umum kelak, ini kan pula setelah apa yang berlaku pada Najib. Sekarang pun Najib dibicarakan dalam skandal 1MDB begitu juga dengan... Continue Reading →
2 Surat Peguam Negara Dimanipulasi Oleh Ahmad Maslan
Entah apa yang dibanggakan atau cuba dimanipulasi oleh Ahmad Maslan ni. Kenapa pula surat memohon ini dikaitkan dengan draf penghakiman, tidak bersambung langsung ini kerana Zahid Hamidi masih dalam perbicaraan. (kalaupun dikaitkan) Apa sebenarnya yang mahu dibuktikan sedangkan menurut pemahaman saya, jelas Peguam Negara komited dengan kerjanya, bilamana tidak meluluskan permohonan timbalan pendakwa raya. Malah... Continue Reading →
Sabah Tak Mampu Lagi โTampungโ Perpecahan Politik, Kata Hajiji
PETALING JAYA: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor berkata, negeri itu tidak mampu lagi โmenampungโ perpecahan politik sekiranya mahu mencapai cita-cita serta mempertahankan haknya. Sehubungan itu, katanya, GRS mahu mencipta sejarah membentuk jajaran politik baharu yang mampu menyatupadukan semua rakyat di Sabah. Dengan mengambil ramai pemimpin berpengalaman dalam gabungan berkenaan, beliau berkata, semua pengalaman... Continue Reading →
TLDM Sengaja Pasang Bendera Malaysia Terbalik? (video)
TLDM atau Navy sengaja memasang bendera Malaysia secara terbalik semasa raptai sempena menyambut hari kemerdekaan? Sebenarnya TLDM menyedari kedudukan bendera berkenaan tapi dibiarkan atau sememangnya disengajakan, kerana ada kesulitan yang ingin mereka sampaikan kepada rakyat atau umum diluar sana? Ada dikalangan netizen yang berpendapat sengaja dipasang terbalik bagi menunjukkan mereka dalam masalah. Apa kah masalah... Continue Reading →
01hb Sept 2022 Keputusan Rasuah Solar Rosmah Mansor
Jadi pada Khamis ini bersamaan 01hb September, isteri bekas perdana menteri Rosmah Mansor akan mendengar keputusan kes rasuah solar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Pada Februari 2021 Hakim Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan bahawa Rosmah Mansor dikehendaki membela diri kerana ada prima facie berhubung projek tenaga solar melibatkan 369 sekolah di pedalaman Sarawak. Pendakwaan dijalankan... Continue Reading →
Negara Ini Bukan Milik UMNO
Ada benarnya pun tuduhan pembangkang Amanah bahawa negara ini bukan milik UMNO. Bilamana UMNO cuba memecat pihak atau individu yang tidak sehaluan dengan mereka. "UMNO ni ingat Malaysia ni dia punya ke? Nak pecat itu, nak pecat ini!!! Justeru itu menurutnya UMNO tidak ubah seperti sebuah parti yang sakit berterusan, apabila menganggap negara ini seolah-olah... Continue Reading →
Siapa Calon Perdana Menteri Malaysia, UMNO?
Semua pihak yang berdiri sebagai lawan UMNO telah menyatakan calon mereka sebagai Perdana Menteri, seandainya mendapat kemenangan pada pilihan raya umum ke 15 akan datang. Kalau Perikatan Nasional maka nama yang telah dipersetujui ialah Muhyiddin Yassin. Kalau pula Pakatan Harapan sudah tentulah Anwar Ibrahim. Begitu juga dengan pasukan Gerakan Tanah Air telah menamakan Dr Mahathir... Continue Reading →




















