
Ada benarnya pun tuduhan pembangkang Amanah bahawa negara ini bukan milik UMNO.
Bilamana UMNO cuba memecat pihak atau individu yang tidak sehaluan dengan mereka.
“UMNO ni ingat Malaysia ni dia punya ke? Nak pecat itu, nak pecat ini!!!
Justeru itu menurutnya UMNO tidak ubah seperti sebuah parti yang sakit berterusan, apabila menganggap negara ini seolah-olah tiada undang-undang dan peraturan.
UMNO ni terkenal dengan kepimpinan kleptokrasi so hanya dengan cara memanipulasi barulah UMNO dapat bertahan atau mencari kekuasaan. Sebab itulah dari dulu UMNO sanggup melakukan apa saja dan oleh itu jugalah jangan hairan kenapa ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang diheret ke mahkamah.
Memetik sumber ini, dikatakan kepimpinan UMNO cuba memberi kata dua kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya memecat Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.
Selain itu juga gesaan agar memecat Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, memohon pengampunan diraja untuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) secepat mungkin.
Laporan itu menyebut Ismail Sabri akan dipecat jika enggan mengikut permintaan berkenaan, bagaimanapun, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai ‘palsu’ dan ‘fitnah’.
Tinggalkan Jawapan