Manalah pemimpin UMNO berani melepaskan jawatan sedangkan partinya dalam kerajaan. Apa lagi Jawatan sebagai penasihat khas undang-undang dan hak asasi manusia kepada Perdana Menteri, tidak mungkin dilepaskan.
Sebelum ini beberapa portal berita mengkhabarkan Azalina telah melepaskan jawatan.
Berita perletakkan jawatan Azalina Othman tersebar susulan kritikannya terhadap Perdana Menteri yang tidak berani menukar Peguam Negara walaupun Najib telah dipenjarakan dan beberapa lagi sedang berhadapan dengan tuduhan rasuah di Mahkamah.
Kritikan itu diucapkan semasa taklimat presiden UMNO bersama Ketua Ketua Bahagian dll. (lebih kurang begitulah)
Lucu sangat lah kalau ada yang mempercayai Azalina melepaskan jawatan itu. Tapi tidak mustahil bagi totok totok UMNO kerana rakyat tahu mereka ini golongan yang sanggup menerima apa sahaja keputusan di peringkat atasan, walaupun tindakan itu lebih merugikan mereka sebagai orang bawahan. Itulah UMNO yang kian terbangsat.
Azalina letak jawatan? habis itu dimana nanti dia cari modal dalam pilihan raya kelak.
Najib Razak sendiri menjadi mangsa penyokong-penyokong UMNO yang bersuara tidak kena tempat, takut tidak kena tempat, berani tidak kena tempat, lepas itu yang paling bahaya menegakkan benang basah hingga Najib sendiri naik angkuh seolah olah disokong oleh majoriti rakyat Malaysia. Sekarang siapa yang meringkuk?