2 Surat Peguam Negara Dimanipulasi Oleh Ahmad Maslan

Entah apa yang dibanggakan atau cuba dimanipulasi oleh Ahmad Maslan ni.

Kenapa pula surat memohon ini dikaitkan dengan draf penghakiman, tidak bersambung langsung ini kerana Zahid Hamidi masih dalam perbicaraan. (kalaupun dikaitkan)

Apa sebenarnya yang mahu dibuktikan sedangkan menurut pemahaman saya, jelas Peguam Negara komited dengan kerjanya, bilamana tidak meluluskan permohonan timbalan pendakwa raya. Malah mengarahkan supaya perbicaraan Zahid Hamidi di segerakan. Ini berdasarkan penarikan surat yang bertarikh 29 Ogos dibawah.

Cuba kamu baca surat bertarikh 29 Ogos dari Timbalan Pendakwa Raya kepada Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Dia meminta perbicaraan ke atas Zahid Hamidi ditangguhkan dan keutamaan diberi ke atas kes di peringkat pembelaan. Namun permohonan ini rasanya ditolak, sebab itu ada surat susulan.

Surat ke dua bertarikh 30 Ogos juga dari Timbalan Pendakwa Raya menyatakan menarik surat sebelum ini dan akur perbicaraan ke atas Zahid Hamidi yang melibatkan skandal Yayasan Akal dan penggubalan wang haram di jalankan seperti yang telah dijadualkan.

Pertanyaannya apa yang tidak betul disana, apa yang dibanggakan oleh Ahmad Maslan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: