
Benar benar UMNO telah terjangkit penyakit pembohong yang selama ini hanya sinonim dengan pemimpin dan macai Warisan khususnya.
Sebelum ini kerajaan negeri GRS telah menjelaskan isu ketiadaan bekalan air di KKIA sebagai kesilapan JANS itu sendiri bila gagal mematuhi SOP semasa menjalankan maintenance. Membuktikan sememangnya bukan kesalahan kerajaan tapi kakitangan JANS yang cuai. Isu ini diviralkan oleh pemimpin dan macai Warisan.
Semalam berkenaan KKIA yang bergelap kerana gangguan bekalan letrik. Perkara ini telah diambil kesempatan oleh pemimpin UMNO Jeffrey Nor dan macai mereka. Seolah olah kejadian berpunca dari kerajaan GRS sebab konok tidak fokus menangani isu.
Fokus apanya KKIA adalah syarikat atau swasta yang menjalankan urusniaga dengan rakyat atau negeri. Maka sewajar merekalah yang bertanggungjawab memberikan perkhidmatan terbaik kepada negeri dan rakyat Sabah. Ada pula terbalik pelanggan pula yang diminta fokus jika ada isu seperti ini, menanggung kelemahan syarikat luar atau pentadbiran KKIA. Miskin Politik betul lah UMNO Sabah.
Andai ada yang tidak tahu KKIA adalah syarikat milik Malaysia Airport Berhad.
Walaupun ia tuduhan yang sembarono dan tidak berasas, tapi tidak boleh dilepaskan begitu saja. Layak dipulangkan balik, biar mereka sedar diri takat mana tahap pemikiran mereka.
Oleh itu saya mencari sejauh mana kebenarannya. Ternyata ia adalah masalah teknikal yang berlaku dalam terminal KKIA dan bukan kerana masalah gangguan bekalan letrik oleh SESB. Tidak ada masalah bekalan letrik diluar terminal.
Sewajarnya kalau benar pemimpin UMNO Jeffrey Nor itu benar benar prihatin dengan keadaan Sabah. Sepatutnya selepas ini menarik balik tuduhannya itu dan menyalahkan pengurusan KKIA secara total tidak lagi mengaitkannya dengan pentadbiran kerajaan negeri Sabah, GRS. Barulah nampak cerdik dan prihatin bukan bermain politik tahi semata-mata. Astaga!





















