
Bukti Kerajaan Warisan menghentikan projek Pan Borneo di Sabah pada 2018. Pendedahan dibuat oleh Ahli Parlimen Pansiangan, Arthur Joseph di hadapan Ahli Parlimen Semporna, Shafie Apdal.
Ahli Parlimen Semporna tinggal terkedu tidak mampu menafikan tuduhan itu. Baik semasa sidang berjalan mahupun diluar Parlimen, sehingga saat ini.
Tapi kamu tengok kebelakangan ini, macai dan pemimpin Warisan sibuk bercakap soal jalan walaupun mereka maklum kerajaan Warisan tidak melakukan apa apa. Malah yang memviralkan jalan rosak adalah juga mereka sedangkan mereka juga yang bertanggungjawah merosakkan jalan, membawa lebih muatan.
Jangan kamu pelik andai selepas lawatan Yang Dipertuan Agong ke Sabah keadaan jalan lebih rosak dari sebelum ini walaupun selepas dibaiki, sebab digerodak siang malam terutamanya ketika tidak ada sekatan jalan.





















