Apa Ditulis Calon Warisan Yang Kalah Kepada Bung Mokhtar. Hak Sabah Hilang Selepas RUU Sabah?

Terbaca tulisan totok Warisan yang mempolitikkan kedudukan Sabah dalam Malaysia. Politik lapuk, taktik yang sama semasa awal Warisan bertapak di Sabah.

Tidak dinafikan propaganda atau taktik ini telah berjaya menambah pengikut dan menjadikan mereka totok Warisan sehingga saat ini. Namun bilangan mereka tidak akan bertambah dan tidak akan membuat Warisan menjadi kerajaan atau diterima oleh majoriti rakyat Sabah. Sebab majoriti rakyat Sabah sudah nampak temberang mereka, hanya nampak cerdik bila jadi pembangkang, sewaktu jadi kerajaan, satu tiang pun keberatan sangat 😂

Tulisan bekas calon Warisan, Mazliwati untuk Parlimen Kinabatangan yang kalah kepada Bung Mokhtar. Kiranya ini pendapat dari yang pihak loser.

Totok totok inilah yang tidak sudah sudah mempolitikkan pentadbiran kerajaan GRS dan kedudukan Sabah dalam Malaysia yang menjadi modal Warisan walaupun dalam masa yang sama terhegeh hegeh menyokong kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan.

Semasa mereka menjadi kerajaan negeri Sabah, tidak pula kedengaran menafikan perlembagaan persekutuan hingga Sabah dikenali sebagai negara.

Sebaliknya GRS yang tidak beretorik dengan status Sabah, pula yang bersuara atau menimbulkan ura ura status Sabah bakal diangkat menjadi wilayah.

Entah lah puak Warisan tidak habis habis mempolitikkan perjanjian Malaysia 1963. Sampai nampak gila pun ada.

Kata mereka titik hitam negeri Sabah bermula pada tahun 1976 apabila status Sabah menjadi negeri. Ya memang betul Sabah berstatus negeri macam juga Sarawak. Tapi yang wajar dipersalahkan sudah tentulah pihak UMNO betul tak?

Jangan tidak tahu, selepas kemerdekaan, orang Sabah yang berjawatan tinggi dalam kerajaan persekutuan UMNO dan berjawatan tinggi dalam parti UMNO ialah hari ini Presiden Warisan, Shafie Apdal.

Orang yang keluar masuk UMNO dan mencaci UMNO kini berkawan balik. Tapi Warisan terus bercakap perkara yang sama? orang bodoh mana lagi yang sanggup percaya!

RUU negeri Sabah yang dibentangkan di persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah ke 16 baru ini, sikit pun tidak berkaitan dengan perlembagaan persekutuan. Jadi tidak mungkin perlembagaan persekutuan telah menghilangkan keistimewaan Sabah.

Apa lagi kerajaan Sabah dalam dalam proses perundingan menuntut elemen dalam perjanjian Malaysia 1963.

Berulang kali saya baca tulisan Si Mazliwati, saya tidak dapat apa yang dia dakwa bersambung dengan fakta, sebab fakta itu sendiri saya tidak nampak, tiba tiba dia cakap ringkasnya.

Bagaimana perlembagaan 46 memakan Sabah setelah RUU Sabah dibentangkan baru baru ini. Ini kita mahu tahu?

Jangan buang masa, anggap si Mazliwati sekadar sembang kari, tidak apa yang dia jelaskan, itu hanyalah persepsinya untuk kebaikan Warisan semata mata.

Saya sudah katakan sejak dari dulu, politik Warisan berhubung Sabah dan perjanjian 1963, hanya nampak logik, bila mereka ada agenda membawa Sabah keluar dari Malaysia melalui memorandum. Kalau tetap bertanding dalam pilihan raya itu bermakna mengejar kuasa atau jawatan Ketua Menteri Sabah semata mata.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading