
Siapa kata kerajaan Warisan tidak berhadapan dengan krisis kemudahan asas air dan elektrik?
Hakikatnya bukan hanya berlaku malah lebih teruk sebenarnya. Bayangkan sampai dua minggu orang kampung menunggu air keluar dan ia berlaku di kubo dan kampung Balimbang, Semporna yang menjadi penyokong tegar Parti Warisan atau Shafie Apdal.
Begitu juga dengan bekalan elektrik, bukan hanya kerap tapi memakan masa sampai berjam jam untuk pulih.
Saya sendiri pernah menulisnya di media sosial lalu dijawab sinis oleh penyokong Warisan, bahwa minta saya bersabar dan positif sekurang kurangnya dapat juga menjimatkan bil letrik. Ada benarnya dan saya akur!
Tapi bila baru baru ini berlaku sedikit gangguan air dan letrik, bukan main kecoh dan seolah olah berbulan negeri Sabah tidak ada bekalan letrik dan air. Sesiapa yang mempersoal kesusahan mereka, dia akan dihentam sebab kononnya tidak memahami kesusahan orang lain. (lebih kurang begitu).
Mereka tidak tahu era kerajaan Warisan bukan hanya gangguan air dan letrik yang kerap berlaku. Malah kegiatan jenayah begitu rancak di daerah dan kampung di seluruh Sabah. Kamu boleh rujuk laporan berita ini.
Kadar Jenayah Di Sabah Menurun Sejak Warisan Tumbang
Semasa kerajaan Warisan, orang ramai bergaduh gara gara bekalan air, kalau tidak silap ia berlaku di daerah Tawau.
Komuniti Tawau Bergaduh Kerana Gangguan Bekalan Air
Tengok juga keadaan bekalan letrik di Batu Sapi, Sandakan era kerajaan Warisan.
Bekalan Elektrik Di Batu Sapi Masih Memalukan
Tinggal lagi krisis air dan letrik berlaku semasa kerajaan Warisan tidak begitu kecoh atau tidak terlalu diviralkan oleh pembangkang waktu itu, kerna mereka bersikap rasional dan sedar ia bukannya total dibawah tanggungjawab kerajaan negeri.
Sebaliknya bila masalah sama berlaku era kerajaan negeri GRS. Wah bersungguh sungguh pihak Warisan mempolitikkannya sampaikan Presiden Warisan sendiri ikut bersuara, dia lupa krisis yang berlaku dalam kerajaan Warisan yang melibatkan Pulau Bum Bum dan Semporna secara keseluruhannya.
Video ini muncul kalau tidak silap sekitar tahun 2020 iaitu di ambang pilihan raya negeri Sabah. Individu dalam video mendakwa Parti Warisan, parti najis dan pembohong.





















