
Lama-kelamaan orang-orang Sabah akan nampak tidak berharga dan hingusan walaupun sudah melakarkan pelbagai sejarah politik dan telah merdeka begitu lama. Bila mana mereka menjadi tempat parti parti politik menabur janji bulan dan bintang mereka.
Seperti mana dalam pilihanraya yang lepas segelintir masyarakat Sabah termakan manifesto bulan dan bintang Parti Warisan. Salah satu janji itu ialah menukar tanah Felda Plantation menjadi skim Peneroka. Apa sudah status janji politik ini?
Alsebab itulah sebaik-baiknya sebelum janji dijadikan manifesto buat dulu kajian yang mendalam, sama ada ia boleh direalisasikan atau tidak. Bukannya tiba tiba muncul setelah menjadi bahan cerita jentera jentera parti di kedai kedai kopi.
Seperti mana pengumuman terbaru Ketua UMNO Sabah Bung Mokhtar Radin. Bahawa antara manifesto UMNO Sabah di pilihanraya yang akan datang ialah memulangkan Labuan kepada Sabah.
Semacam tidak mengambil kira pendapat Bersatu Sabah dan PAS serta parti tempatan lain yang juga menjadi kompenan Perikatan Nasional. Tapi begitu mudah menjadikan Labuan sebagai modal politik. Siapa juga UMNO di Sabah?
Rasanya idea ini timbul setelah Ahli Parlimen Labuan, Romzi menimbulkan isu Paip bocor yang kalau tidak diselesaikan maka sebaiknya Pulau Labuan dipulangkan balik kepada Sabah. Sedangkan hal ini yang lemah gagal memikul tanggungjawabnya ialah Anggota Parlimen Labuan itu sendiri.
Kalau pun iya, sepatutnya manifesto itu dimainkan pada masyarakat Labuan bukannya masyarakat Sabah kerana hanya orang Labuan yang layak menentukan status Labuan selepas bertukar menjadi Wilayah Persekutuan.
Dan kalaupun tidak dimainkan pada masyarakat Labuan tapi sebaiknya manifesto sebesar itu diangkat oleh parti tempatan seperti STAR, PBS ataupun PBS dan yang terbaru PCS. Barulah nampak logik tapi itu pun kalau sudah mendapat persetujuan daripada parti parti komponen yang lain.
Orang akan berfikir begini. Hari ini Menteri Wilayah Persekutuan ialah pemimpin UMNO, Annuar Musa. Jadi kalau benar UMNO berhasrat untuk memulangkan balik Labuan kepada Sabah kenapa tidak dilakukan sekarang. Kenapa perlu tunggu pilihanraya yang akan datang.
Retorik retorik seperti ini hanyalah membuktikan UMNO walaupun sudah berusia tetapi kelihatan belum matang kebudak-budakan semacam terikut gaya politik Warisan yang baru berumur setahun jagung.
Maksud admin tidak boleh sebagai komponen dalam Perikatan Nasional cuba mendominasi Sabah dari konteks manifesto. Sebab akan berlaku percanggahan.
Andainya. Selepas ini apa pula manifesto Bersatu, PAS dan parti parti tempatan Sabah selain Warisan yang sudah tentu tidak boleh bertentangan dengan manifesto Bung Mokhtar ini.
Kita tahu manifesto tolol seperti itu tidak akan digunapakai dari konteks Perikatan Nasional. Apa lagi hari ini telah terbukti bagaimana satu parti yang berkonsepkan kenegerian total iaitu Warisan gagal mengurus Sabah. Hanya menggalakkan penyalahgunaan kuasa dan birokrasi.
- Hapus Persepsi Negatif Terhadap Masyarakat Bajau Suluk Berikutan Tragedi Tanduo – Tawfiq TAWAU, 8 Mei : Persepsi negatif dan sentimen perkauman mengenai masyarakat Suluk dan Bajau tempatan yang timbul selepas… Teruskan membaca Hapus Persepsi Negatif Terhadap Masyarakat Bajau Suluk Berikutan Tragedi Tanduo – Tawfiq
- Zoo Negara Desak Panda Najib Di Hantar Balik Ke China – MembazirXING XING dan Liang Liang, dua ekor panda gergasi berusia 16 tahun di Zoo Negara dipinjamkan China tidak… Teruskan membaca Zoo Negara Desak Panda Najib Di Hantar Balik Ke China – Membazir
- Zon 5 Sandakan Sertai PPBM SabahMajlis Penyampaian Borang Keahlian BERSATU Sabah Zon 5 oleh Datuk Fendy Hj Hamdan yang mewakili Zon 5 Sandakan… Teruskan membaca Zon 5 Sandakan Sertai PPBM Sabah
- Zillion Ventures Sumbang Beras Pelitup Muka & Hand Sanitizer – BERSATU SabahKOTA KINABALU: Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor… Teruskan membaca Zillion Ventures Sumbang Beras Pelitup Muka & Hand Sanitizer – BERSATU Sabah
- Zahid Yang Perlu Letak Jawatan Bukan Ismail SabriMemang betul pun bukan Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri yang perlu meletakkan jawatan, sebaliknya Zahid sendiri. Adakah patut… Teruskan membaca Zahid Yang Perlu Letak Jawatan Bukan Ismail Sabri