Segerakan Pelaksanaan Baki Pakej Lebuhraya Pan Borneo – KM Hajiji

Sebelum itu sebagai masyarakat Sabah ambil tahu fakta ini.

Dua tahun setengah Warisan menjadi kerajaan negeri Sabah, lama itu juga projek Pan Borneo diberhentikan atas alasan yang tidak profesional.

Sudahlah begitu, hari ini penyokong Warisan tidak boleh nampak jalan raya berlubang, terus diviralkan dan yang dipersalahkan kerajaan GRS. Kerja orang bodoh dan tidak reti diuntung.

Pemandu lori membawa lebih muatan hingga merosakkan jalan aspal. Dipercayai puak Warisanlah, siapa lagi. Lain kali kalau nampak terus buat laporan Polis atau JPJ.


KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menggesa kerajaan Persekutuan mempercepatkan pelaksanaan baki pakej projek Lebuhraya Pan Borneo di negeri itu.

Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah berbincang mengenai isu tersebut dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof di Seri Gaya di sini pada Isnin.

“Dilaporkan bahawa 20 daripada 35 pakej di bawah Fasa Satu projek Pan Borneo belum dimulakan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan Hajiji turut berbincang dengan Fadillah, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi mengenai langkah untuk meningkatkan produktiviti penanaman koko di Sabah.

Turut hadir dalam pertemuan itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali dan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Siti Aminah Aching.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: