
Cerita laskar Warisan membuat laporan Polis terhadap portal Sabah Online, sungguhpun lucu tapi pelik.
Satu Malaysia maklum Warisan dan UMNO bermusuh ketat setiap pilihan raya. Sampai subur sentimen perkauman diantara penyokong masing-masing.
Masa itu penyokong Warisan mendakwa orang Sabah yang menyokong UMNO adalah tali barut Malaya. Ada juga yang extrema menganggap Melayu UMNO sebagai pencuri menyebabkan kehidupan rakyat Sabah kekal miskin. Oleh kerana itu kata mereka UMNO mesti dihukum dan dihalau dari bumi Sabah.
Pokoknya Sabah waktu itu milik total penyokong Warisan, mereka tidak akan bekerjasama dengan mana mana parti dari Malaya.
Jangan nafikan propaganda tolak UMNO telah berjaya menghasut pengikut Warisan bukan hanya menolak UMNO tapi juga membenci Melayu dari Semenanjung kaw kaw.
Shafie sedar perkauman telah berakar dan terpahat dalam diri penyokong Warisan. Memaksanya membuat kenyataan, yang dibenci bukan bangsa Melayu tapi parti UMNO. Namun sudah terlambat.
Ironinya Presiden Warisan, Shafie dan Ketua UMNO Sabah, Bung Mokhtar cuba merampas kerajaan negeri dari GRS tapi gagal. Tidak lama selepas itu Shafie dan Bung Mokhtar menyatakan akan bekerjasama.
Bila sudah begitu, pastilah jentera Warisan dan UMNO akan bekerjasama menyerang GRS. Tapi kenapa laporan Polis dibuat ke atas portal Sabah Online yang menulis pasal satu memo yang mengarahkan jentera Warisan dan UMNO menyerang GRS.
Dimana salahnya, adakah ini bermaksud kerjasama UMNO Warisan tidak direstui pemimpin pertengahan parti Warisan? nah lucu.
Tinggalkan Jawapan