Entah apa-apa saja isu yang cuba dimanipulasi oleh besi buruk Warisan. Nampak sangat kehabisan modal untuk membohong dan semua pembohongan yang mereka sebarkan gagal memperdaya rakyat Sabah yang berpendidikan dan mereka yang mengenali diri sebenar Presiden Warisan semasa berjawatan Ketua Menteri Sabah dan Menteri di peringkat persekutuan.
Sebab itulah bila Shafie mengajak orang yang agak berpengaruh menyokongnya mereka tidak ikut. Hanya golongan picisan dan buta kayu yang beriya iya.
Orang kampung yang agak ketinggalan pun sudah mulai buka mata dan menolak parti Warisan. Akhirnya mereka sedar propaganda yang dimainkan oleh pemimpin dan besi buruk Warisan hanyalah usaha mencari kekuasaan untuk kepentingan kerabat dan kroni kepimpinan Warisan atau Shafie. Sedangkan ketika memegang kuasa janji dan air mata yang berjatuhan sama sekali dilupakan, hanya muncul bila tiba pilihan raya.
Mulalah tu bergaduh dengan ketua kampung lantikan GRS kerana dilarang bergambar di jambatan atau jalan yang mereka baiki lima tahun sekali. Sampai ketua kampung terpaksa membuat laporan Polis kerana diugut oleh penyokong moron, ada diantaranya terlibat dengan aktiviti syabu.
Tidak berjaya membohongi rakyat Sabah satu hal, lebih penting rakyat Sabah tercari cari mana satu kenyataan pemimpin dan laskar Warisan yang akhirnya terbukti benar. Hampir tidak ada!
Sebab itu jangan hairan kenapa perjalanan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji ke Konvensyen Nasional dan ucapan beliau ditokok tambah dengan isu ciptaan mereka iaitu isu air dan terminal.
Pun begitu kita tidak nampak dimana kesalahannya atau mesejnya, sekalipun mereka sendiri yang menciptanya. Punyalah palui, kerja membohong pun masih bodoh.
Netizen kata orang yang ikut mempolitikkan bekalan air ni sebenarnya yang tidak ada tangki air di rumah mereka, hanya bergantung pada paip air. Bayar ansuran kereta beribu tapi beli tangki air tidak mampu.
Bercakap pasal Jet saya teringat era Shafie menjadi Ketua Menteri Sabah. Jet Ketua Menteri Sabah waktu itu dibuat macam Bas Henti Henti, oleh totok Warisan, sampai viral dan menjadi bahan ketawa masyarakat Sabah. Ini sepatutnya yang mereka persoalkan tidak malah berlagak seperti orang tahu protokol kalau hakikatnya moron. Alahai!
Kamu tengok juga bha gambar diatas sekali tu, siapa yang berjalan di atas carpet merah. Boleh kah tu?



JANS Punca Bekalan Air Bermasalah Di KKIA, Sepanggar Dan UMS (Video)
sama juga ko ni pulitik tahi kerajaan saja.. sibuk melaga kan parti saja bukan nya memperjuangkan kesusahan rakyat.
LikeLike
Kesusahan rakyat apa? kerajaan GRS lah yang berjaya membangun ekonomi negeri Sabah berbanding kerajaan Warisan seblum ini. Ini faktanya……
https://jalinluin.com/2020/08/16/sejak-warisan-ekonomi-sabah-lembab-kdnk-0-5/
LikeLike