Laskar Warisan Pengsan Bila Tahu Sabah Bina Pusat Pelancaran Angkasa Lepas

Kenapa penyokong dan laskar Warisan mempolitikkan pembinaan tapak pelancaran angkasa lepas di Sabah hingga nampak pemikiran mereka sangat naif. Tapi ada hati ingin memerintah Sabah.

Sebelum ini Menteri Sains Teknologi & Inovasi, Sabah Datuk Arifin Arif menyatakan, Sabah bakal mencipta sejarah dengan pembinaan Pusat Pelancaran Angkasa Lepas di Sabah.

Namun gagasan besar itu dilecehkan oleh penyokong dan laskar Warisan yang berpendapat kononnya tidak wajar memandangkan masih ada jalan raya yang rosak.

Apa kaitannya jalan rosak dan pembinaan pusat pelancaran angkasa lepas? bukankah jalan raya rosak yang ditinggalkan oleh kerajaan Warisan sedang dalam pembaikan dari masa ke semasa. Malah kerajaan GRS meneruskan projek Pan Borneo yang dihentikan kerajaan Warisan selama dua tahun lebih, atas alasan yang tidak profesional.

Begitu juga dengan masalah bekalan air di beberapa kawasan turut dalam perhatian Ketua Menteri Sabah atau kerajaan GRS untuk diselesaikan secara tuntas. Antara pendekatan drastik yang diambil merombak kakitangan Jabatan Air Sabah di peringkat pusat dan daerah.

Hakikatnya kerja pembaikan jalan raya dan pemasangan paip besar serta pembinaan loji air diketahui oleh laskar Warisan, tapi dinafikan hingga tanpa mereka sedari nampak bodoh.

Disini saya kongsikan artikel berhubung pembinaan pusat pelancaran angkasa lepas di Sabah. Kamu orang baca dan nilaikan besar mana faedahnya kepada rakyat dan negeri Sabah.

https://sabahkini2.org/en/news/5367/mengapa-warisan-meroyan-projek-pelancar-roket-slic-pelaburan-swasta-bernilai-rm15b-bukan-guna-dana-kerajaan/

Disini juga saya bangkitkan apa yang telah diperkatakan oleh pemimpin Warisan atau Menteri MITI Darell berhubung aeroangkasa sebelum ini.

Ternyata pemimpin Warisan yang banyak bercakap fasal angkasa lepas dari konteks Sabah. Tapi bila giliran pihak lain untuk menjayakannya mereka bantah. Mengada ngada dan munafiknya puak Warisan.

Bukan hanya angan aeroangkasa yang menjadi cerita dongeng Warisan. Kenyataan lain berhubung pelaburan pun gagal walaupun telah dirasmikan atau pecah tanah sebagai simbolik oleh Ketua Menteri, Shafie waktu itu.


Darell selaku Menteri MITI berkata Sabah berpotensi muncul hab aeroangkasa. Tambahnya, peningkatan kehadiran pelancong ke Sabah juga membolehkan lebih banyak pesawat mendarat di negeri itu, sekali gus memerlukan kehadiran penyedia khidmat aeroangkasa.

Kalau memang kenyataan si Darell ini dipolitikkan pasti menjadi bahan jenaka rakyat Sabah. Iyalah, apa kaitannya kehadiran pelancong ke Sabah dan aeroangkasa. Hehehe!

Lanjutnya, ini penting memandangkan keperluan pesawat menggunakan kemudahan MRO selain kepakaran dan kemahiran modal insan dalam bidang tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggesa lebih banyak warga Sabah menceburi industri aeroangkasa yang berupaya menjana lebih banyak peluang perniagaan serta pelaburan baharu di negeri itu, katanya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: