Semenanjung Dapat Subsidi Tol, Sabah Sarawak Dapat Apa? – Armizan

Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63), 20 Januari 2023, Kuching Sarawak

Sementara tunggu pengumuman bila 1 Syawal ni, saya buat sedikit coretan tentang isu di atas.

Alhamdulillah, Kerajaan Persekutuan dapat meneruskan inisiatif tol percuma musim perayaan kali ini untuk dinikmati rakyat. Kali ini Tol Rahmah Percuma selama 4 hari dan melibatkan semua jenis/kelas pengangkutan, berbanding dahulu-dahulu pernah dibuat dalam bentuk diskaun, dan hanya melibatkan jenis kenderaan tertentu.

Hakikatnya, tol percuma ini bukanlah maksudnya pemegang konsesi bagi percuma sepenuhnya, tapi melibatkan hampir RM100 juta subsidi Kerajaan, dengan erti kata lain Kerajaan membayar bagi pihak rakyat yang menggunakan tol.

Atas sebab itu, bila melibatkan dana awam, maka timbul persoalan kesaksamaan iaitu apa pula rakyat yang duduk di Sabah, Sarawak dan Labuan dapat dalam konteks isu pengangkutan semasa perayaan kerana tiada tol yang perlu dibayar (Alhamdulillah).

Namun realitinya, ada kos yang jauh lebih besar ditanggung oleh sebahagian rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan yang menetap di Semenanjung yang pulang berhari raya ke kampung.

Perkara ini berbangkit dalam Mesyuarat Jemaah Menteri semalam, Rabu (19 April 2023) dan antara Menteri yang paling panjang lebar memperjuangkan isu kesaksamaan ini adalah YB Menteri Pengangkutan sendiri.

Sungguhpun Sabah Sarawak ada menerima subsidi berkaitan urusan pengangkutan dalam RM261 juta setahun, Kabinet bersetuju supaya perlu dilaksanakan inisiatif rahmah yang menyeluruh melibatkan warga Sabah Sarawak dan Labuan juga dalam konteks pengangkutan di musim-musim perayaan.

YB Menteri Pengangkutan telah diberikan amanah untuk mencadangkan bentuk pendekatan yang bersesuaian untuk pertimbangan Jemaah Menteri bagi musim-musim perayaan akan datang.

Mohon maaf kerana dalam tempoh hampir 5 bulan pentadbiran Kerajaan Perpaduan hari ini, belum ada pendekatan khusus dalam konteks melaksanakan inisiatif rahmah seperti subsidi tol ini untuk dinikmati warga Sabah Sarawak dan Labuan yang terbeban dengan kos pengangkutan musim perayaan. Sekiranya dalam pentadbiran-pentadbiran lalu belum dilaksanakan, Kerajaan Perpaduan hari ini perlu buat perubahan. Ya pasti kita tidak akan dapat menanggung keseluruhan beban pengangkutan mereka yang terlibat, namun pendekatan berbentuk ‘sentuhan rahmah dan ihsan’ perlu diperluaskan secara saksama.

Gambar hiasan : Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63), 20 Januari 2023, Kuching Sarawak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: