Kenapa Bung Mokhtar dipecat dari jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah?
Sebab pada Januari 2023, Bung Mokhtar bersama Presiden Warisan cuba merampas jawatan Ketua Menteri Sabah daripada Datuk Hajiji Noor atau kerajaan negeri GRS tapi gagal.
Rentetan itu Jafry Arifin selaku Setiausaha UMNO Sabah turut dipecat dari jawatan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar. Itulah dunguk sangat, sepatutnya sebagai setiausaha bagilah sedikit pandangan agar Bung tidak meneruskan kerja bodohnya, bukannya diam macam orang yang tidak ada hala tuju.
Tidak pasal pasal mambung, nah sekarang macam mana lagi nak menipu rakyat Sabah, kalau tidak ada sudah jawatan yang dipegang.
UMNO, sedang dalam kerajaan dan masing masing memegang jawatan Menteri pun boleh tumbang dalam pilihan raya. Apa lagi mambung.
Hakikatnya UMNO Sabah nampak, selepas gagal merampas kuasa dan dipecat dari jawatan masing masing, rakyat Sabah semakin menolak dan membenci UMNO kerana telah mengkhianati kerajaan GRS sekaligus selamanya mengheret mereka ke gelanggang politik.
Kalau UMNO tidak menyokong balik GRS maka mereka akan duduk sebaris dengan Warisan di Dewan Undangan Negeri. Kedudukan ini akan mendorong rakyat Sabah yang anti Warisan untuk turut membalun sekaligus menolak UMNO pada pilihan raya negeri akan datang.
Berdasarkan video di atas Bung membagi alasan yang terbalik, ada kekeliruan katanya, dimana kerajaan GRS yang terlebih dahulu memecat mereka. Sebelum dia dan Shafie bertindak merampas kerajaan negeri dari GRS. Munafik lah oiiii!
Siapa dipecat sebelum berlaku rampasan kuasa? Salleh Said dipecat setelah ada ura ura rampasan kuasa bukannya sebelum rampasan kuasa. Jadi siapa yang bersalah?
Sekiranya pun benar pembohongan Bung itu , tapi kenapa bersekongkol dengan Warisan, apa kaitan pemecatan pemimpin UMNO dengan politik Warisan. Sedangkan menurut Bung dia faham tanggungjawab selaku Ketua Menteri Sabah yang berhak memecat pihak yang tidak menyokong.
Dalam video itu Bung tergelak seolah olah tidak kisah sekiranya GRS menolak permohonan maaf UMNO Sabah. Kah tergelak sebab sebentar lagi Bung akan berbohong atau bercakap terbalik dan sanggup diperlakukan apa saja, asalkan diterima balik?
Kalau begitu untunglah andai GRS sanggup menerima permohonan maaf itu.
Pengamal politik tikam belakang memang begitu. Bila sudah kantoi mulalah bercakap bohong. Sekejap ok sekejap tidak. Pagi cakap lain, petang cakap lain.
Hakikatnya Bung memang bekerjasama dengan Warisan untuk merampas kerajaan negeri Sabah, walaupun selama ini saling menyerang dan mendedahkan aib masing masing, macam orang yang tidak bermaruah.
Pasti impian Bung jika berjaya merampas kuasa ialah kedudukan Ketua Menteri Sabah akan digunakan untuk melepaskan diri dan isterinya dari perbicaraan rasuah di Mahkamah berhubung skandal FELCRA. Warisan pula akan melantik orang orangnya ke jawatan utama walaupun tidak kompeten asalkan dapat mengukuhkan kedudukan parti Warisan yang rugi besar akhirnya rakyat Sabah, rugi dari semua segi seperti pengangguran dan peluang ekonomi.
Kalau laporan Awani pula yang di dakwa salah atau membohong sedangkan ia pihak yang tiada kepentingan. Itu bererti mereka yang menafikan laporan itu yang tidak boleh dipercayai langsung.
Tinggalkan Jawapan